Loading...

Salah seorang penggalak bersih 5

Loading...
Tun M mampu buat kejutan
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mampu membuat pelbagai kejutan walaupun tidak hadir pada perhimpunan Bersih 5, hari ini.

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam kenyataannya berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku pada perhimpunan itu.

“Jarak penerbangan pulang dari Sudan ke Malaysia, bukanlah mengambil masa yang lama,” katanya. Mahathir kini berada di Sudan atas undangan rasmi dari sebuah universiti di sana.

Bagaimanapun, baru-baru ini Mahathir tampil dalam sebuah video yang mengajak rakyat untuk menyertai Bersih 5.

Menurut Khairuddin, semangat yang telah dibekalkan oleh Mahathir memadai untuk rakyat menjayakan perhimpunan berkenaan.

"Yakinilah dengan kemampuan tokoh terulung negara yang mampu membuat kejutan. “Apa yang penting, rakyat harus turun beramai-ramai untuk tunjuk kuasa secara aman berlandaskan undang-undang,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Salah seorang penggalak bersih 5"

Posting Komentar