Loading...
Ini kali pertama saya diserang di Parlimen
Khalid Samad
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengaku serangan yang berlaku ke atasnya di Parlimen hari ini adalah serangan yang pertama.
Khalid berkata, meskipun bukan kali pertama menerima serangan, beliau tidak pernah diserang ketika berada di Parlimen.
"Ini bukan pertama kali saya diserang begini. Sebelum ini pun kejadian begini pernah berlaku pada saya. Bagaimanapun saya tak pernah diserang di sini (di Parlimen).
"Saya pun tidak tahu bagaimana pelawat itu dibenarkan masuk. Bagaimanapun saya berterima kasih atas bantuan polis yang bersungguh-sungguh melindungi saya," katanya kepada Sinar Online.
Hari terakhir Dewan Rakyat kecoh hari ini, apabila Khalid diserang oleh sekumpulan individu di perkarangan bangunan Parlimen.
Serangan itu berlaku ekoran daripada kenyataan Khalid yang menggelarkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan gelaran 'sial' dalam sidang dewan Selasa lalu.
"Ini baru permulaan, ini anak Pasir Salak,", jerit salah seorang penyokong itu kepada Khalid.
Mengulas detik cemas, Khalid dalam sidang media hari ini berkata, beliau sudah dimaklumkan awal tentang kehadiran sekumpulan individu di luar Dewan Rakyat, hari ini.
"Bila saya sampai di pagar Parlimen, saya sudah diberitahu mereka sudah menunggu saya di luar dewan.
"Disebabkan banyak perkara yang perlu saya bahaskan, maka saya mengambil keputusan untuk tetap ke dewan," katanya dalam sidang media, di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Menurutnya, sebaik sahaja menjejakkan kaki di luar lobi dewan, beliau diserang dan terpaksa bergelut untuk melepasi serangan itu.
Tinjauan Sinar Online mendapati, kumpulan itu cuba menyerang Khalid dengan menyepak dan menumbuk beliau, bagaimanapun tidak mengena tubuh pemimpin Amanah itu.
Beliau bagaimanapun mengesahkan perkara tersebut, tetapi terselamat kerana mendapat perlindungan ketat yang diberikan pihak keselamatan.
"Sebaliknya pihak keselamatan yang terkena pukulan dan serangan kumpulan terbabit. Terima kasih saya ucapkan kerana mereka dipukul semata-mata kerana melindungi saya," katanya lagi.
Loading...
0 Response to "SAMSENG PASIR SALAK KE SG: MANIK ?"
Posting Komentar