Loading...

Selepas bebas, Jamal selar Ku Nan ‘nyanyuk’

Loading...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Yunos hari ini menyelar Tengku Adnan Tengku Adnan selepas setiausaha agung Umno itu mengancam akan mengenal pasti ahli parti yang turut serta dalam perhimpunan Sabtu lalu.

Jamal yang merupakan ketua Umno Sungai Besar itu menafikan ahli Umno terlibat pada demonstrasi itu, yang disertai Gerakan Baju Merah pimpinannya dalam usaha menghalang perhimpunan Bersih 5.

“Tidak ada seorang pun ahli Umno terlibat dalam perhimpunan tersebut,” kata Jamal yang disambut penyokongnya di luar Balai Polis Ampang Jaya hari ini

“Walaupun saya ketua Umno bahagian, tetapi kami turun bukan atas tiket Umno. Kami turun di atas tiket NGO.
“Mungkin Ku Nan sudah lama kot… dia dah nyanyuk,” katanya.
Jamal turut merancang menganjurkan tunjuk perasaan esok di pusat pentadbiran kerajaan Selangor di Shah Alam. - FMT
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selepas bebas, Jamal selar Ku Nan ‘nyanyuk’"

Posting Komentar