Loading...
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof Dr Omar Yaakob. - Foto http://musleh.edu.my/ |
Ia berikutan IKRAM menyambut baik cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan sistem pentaksiran pendidikan yang holistik.
"IKRAM menyokong agar pentaksiran UPSR yang kini berbentuk sumatif yang hanya menekan pencapaian akhir pelajar diganti dengan pentaksiran formatif iaitu bersifat perkembangan secara berterusan.
"Hasil daripada pentaksiran formatif itu dapat memberi maklum balas mengenai perkembangan pelajar serta membolehkan tanda aras pencapaian dan prestasi pelajar diperolehi," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Katanya, ia juga dapat memperbaiki kurikulum dan latihan yang diguna pakai pendidik dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Omar berkata, IKRAM turut mengalu-alukan cadangan KPM menetapkan setiap pelajar hanya dinilai sebanyak 50 peratus dalam akademik dan 50 peratus lagi dinilai oleh pihak sekolah seperti kedatangan, kokurikulum dan sikap pelajar.
"Kepemimpinan sekolah, pendidik dan ibu bapa sebagai komponen kritikal juga memainkan peranan penting dalam memahami dan melaksanakan falsafah pentaksiran holistik mencapai kejayaan dalam sistem pendidikan." Selain itu, prasarana dan sistem sokongan yang padu perlu disediakan bagi memberi kemudahan kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran terbabit," katanya.
Loading...
0 Response to "Sistem pentaksiran pendidikan holistik wajar gantikan UPSR - IKRAM"
Posting Komentar