Loading...
Skandal 1MDB : Saksi Pendakwaan Mengaku Disogok AS$4 Juta. Seorang saksi pendakwaan memberi keterangan di mahkamah Singapura bahawa beliau menerima sogokan lebih AS$4 juta kerana peranannya sebagai rakan kongsi bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei berkaitan urusan dengan 1MDB, lapor Straits Times Singapura hari ini.
Bekas pegawai kanan firma, NTUC, Samuel Goh Sze-Wei, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Yeo, Philip Fong, berkata beliau menerima separuh daripada AS$1.795 juta yang dibuat sepanjang dua tahun oleh Bridgerock Investment, sebuah syarikat Yeo.
Beliau adalah saksi pendakwaan kedua untuk memberi keterangan.
Falcon Bank adalah bank kedua yang ditutup oleh Money Authority of Singapore, selepas BSI.
Skandal 1MDB : Saksi Pendakwaan Mengaku Disogok AS$4 Juta
Yeo berdepan empat pertuduhan menyalahgunakan proses keadilan kerana didakwa menggesa saksi berbohong kepada polis ketika beliau dibebaskan atas jaminan, selepas polis menahannya pada 17 Mac.
Kesnya itu adalah berkaitan dengan siasatan pengubahan wang haram terbesar di Singapura yang berkaitan dengan 1MDB.
Beliau juga menghadapi beberapa pertuduhan pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan dalam perbicaraan yang berasingan dijadualkan tahun depan.
Skandal 1MDB : Saksi Pendakwaan Mengaku Disogok AS$4 Juta
Goh, yang dianggap sebagai antara saksi utama pendakwaan, minggu lalu memberitahu mahkamah bahawa Yeo meminta bantuannya menubuhkan sebuah syarikat perantara bagi memudahkan pembayaran daripada syarikat pesisir 1MDB, Brazen Sky yang dikuasai oleh Yeo dan bekas penyelia bank BSI Kevin Swampillai.
Swampillai adalah saksi pertama pendakwaan yang memberi keterangan minggu lalu. - mk
Loading...
0 Response to "Skandal 1MDB : Saksi Pendakwaan Mengaku Disogok AS$4 Juta"
Posting Komentar