Loading...

[#SyukurAdaNajib] China DAPAT LESEN bank komersial di Malaysia

Loading...

Kementerian Kewangan telah meluluskan lesen bank komersial kepada China Construction Bank (Malaysia) Bhd (CCB Malaysia), sebuah anak syarikat milik penuh China Construction Bank Corporation Ltd.
Lesen yang diberikan buat kali pertama mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, adalah berdasarkan kepada keteguhan dan kemampuan China Construction Bank Corporation Ltd untuk membawa usul yang terkait dengan kepentingan terbaik Malaysia.
Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, tumpuan utama CCB Malaysia dalam pembiayaan projek infrastruktur akan memberikan tambahan nilai ke arah transformasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Kehadiran CCB Malaysia dijangka akan terus mengukuhkan hubungan ekonomi dan kewangan antara China dan Malaysia, serta menyumbang ke arah pembangunan sektor kewangan dalam negara yang efektif dan dinamik. – Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[#SyukurAdaNajib] China DAPAT LESEN bank komersial di Malaysia"

Posting Komentar