Loading...
Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pengecualian program visa elektronik (e-visa) bagi pelancong China sehingga 31 Disember tahun depan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata ini berikutan pasaran China merupakan ketiga terbesar bagi kedatangan pelancong ke Malaysia dan jumlah peningkatan yang memberangsangkan sejak program pengecualian visa itu diperkenalkan.
“Pada Januari sehingga Ogos tahun ini, Malaysia menerima seramai 1,406,417 pelancong China iaitu peningkatan sebanyak 26.3 peratus berbanding 1,113,508 pelancong bagi tempoh sama tahun lepas.
“Kementerian sebelum ini menetapkan sasaran seramai dua juta ketibaan pelancong China setelah kemudahan pengecualian visa ini,” katanya menjawab soalan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata kerajaan juga memberi kemudahan pengecualian visa sama kepada pelancong dari India yang diperkenalkan tahun lepas.
Menjawab soalan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) mengenai keberkesanan penubuhan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) dalam mengawal kes penipuan pakej umrah, Mohamed Nazri berkata ia dikendalikan dengan efektif dalam membendung masalah tersebut.
Mohamed Nazri berkata tahun ini MKSU merekodkan 65 aduan kes penipuan pakej umrah di mana 21 kes telah dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM140,000.
“Kes itu menunjukkan penurunan berbanding 84 kes aduan tahun sebelumnya dengan tujuh kes diambil tindakan membabitkan kompaun berjumlah RM60,000,”katanya.
MKSU ditubuhkan pada 2014 bagi mengekang kes penipuan umrah yang semakin kritikal.- Bernama
Loading...
0 Response to "[#SyukurAdaNazriAziz] E-Visa bagi pelancong China dilanjutkan"
Posting Komentar