Loading...
TEMPAT MAKAN DAN LEPAK DI SAUJANA UTAMA | Jauh jugak kami yang duduk kat Kuala Lumpur nak menapak ke Saujana Utama tu. Memandangkan malam hujung minggu tak buat apa, sempat juga kami plan nak lepak pekena Char Kway Teow hasil air tangan Chef Faeez kat sana.
D' LEPARK PORT SU
Tempat ni bukanlah seperti tempat-tempat biasa yang saya tulis kerana ianya hanyalah deretan gerai-gerai kecil yang berada di sebuah kawasan lapang seperti food court. Lokasi ni tidak terlalu susah untuk korang cari kerana ianya hanya berdekatan dengan jalan raya dan berdekatan dengan 2 landmark popular iaitu Petronas Saujana Utama dan Restoran Ayamas. *boleh waze ayamas saujana utama.
1. CHAR KUEY TEOW by FAEEZ TASTE
Gerai Char Kuey Teow Faeez Taste
Kalau ke sini, tak sah kalau korang tak rasda sendiri Char Kuey Teow Leleh dari Chef Faeez ni. Apa yang saya boleh katakan, rasa dia tidak terlalu berat dan sangat sedap. Dengar cerita dari pemilik gerai ni, "LELEH" merupakan perkataan yang selalu pelanggan tetap beliau gunakan untuk memesan Char Kuey Teow Leleh ni.
Char Kway Teow Leleh
Mee Goreng Udang
Nasi Goreng Udang
Semua menu yang ada di gerai ni dimasak menggunakan perencah keluaran pemiliknya sendiri. Jadi sudah semestinya ada kelas tersendiri. Perencah ni dikatakan resepi khas pemilik untuk membuat Char Kuey Teow istimewanya. Bukan sekadar boleh buat Char Kuey Teow je tau, malah ia juga boleh dijadikan perencah untuk memasak menu lain seperti nasi goreng, mee goreng dan lain-lain.
Perencah Istimewa Char Kuey Teow
Untuk pengetahuan korang, oleh kerana skill yang chef faeez ni ada, beliau kerap kali dijemput stesyen tv untuk membuat demonstrasi makanan.
Chef Faeez
2. ENAK CHICKEN CHOP & WESTEN GRILL
Enak Chicken Chop & Western Grill
Memandangkan dah lama tak pekena makanan western, tak salah rasanya nak cuba chicken chop kat sini. Dengar khabar chicken chop hasil tangan abang bekas pesara askar ni memang "the best in town". Tak hairanlah kalau pergi kena menunggu lama, ada diantara pembeli setia mereka memesan hanya melalui "whatssap", bila siap hanya datang bayar dan boleh terus balik.
Enak Cheezy BBQ Fried Chicken
Enak Cheezy BBQ Fried Chicken ni memang menjadi kegilaan orang-orang kat sini. Kami bernasib baik juga dapat rasa sebab ni last sebelum tuan kedai tutup kedai. Apa yang saya boleh cakap kombinasi kuah BBQ homemade dengan ayam hasil perapan rempah rahsianya cukup buat korang tak berhenti makan. Kuah BBQ nya memang lain dari yang lain. *korang kena cuba sendirilah. Apa yang penting Enak Cheezy BBQ Fried Chicken ni bukan sahaja sedap tapi ianya murah dengan hanya RM10.
Sedap tak sedap korang boleh lihat sendiri pinggan kami ni. Kalau tak ada orang silap-silap kena jilat pinggan tu. haahhahhaa.
3. KEDAI MINUMAN D'MANIS
Kalau ada makanan sudah semestinya kena ada gerai air, kat sini korang boleh oder air sejuk, panas dan air buah dari pelbagai saiz gelas. Sempat juga saya try air special yang diorang jual iaitu Tropical Punch.
Tropical Punch
Selain dari air, gerai ni juga ada menjual makanan iaitu sizzling hot plate.
Kalau kesini tak perlu risau sebab parking dia memang tak sesak seperti kat food court lain. Kalau hujan, diorang akan pasang khemah besar yang boleh menampung ramai orang. Apapun terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami kesini.
Alamat :
Lepark Port SU (Saujana Utama)
Tapak Penjaja Zon B MDKS,
Jln Elmina 1, Saujana Utama,
Sungai Buloh, Selangor.
(Berhadapan Ayamas dan bersebelahan Petronas)
Foto Kredit www.dikbee.com
Loading...
0 Response to "TEMPAT MAKAN DAN LEPAK DI SAUJANA UTAMA"
Posting Komentar