Buktinya, wartawan Utusan Online yang membawa satu peket minyak masak bersubsidi dengan senang melepasi pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) dekat sini.

Ketika melaluinya kira-kira pukul 12 tengah hari, hanya terdapat seorang kakitangan Jabatan Imigresen bertugas yang berada di dalam kaunter.

Sepanjang laluan kira-kira 10 meter selepas itu, tiada petugas mana-mana agensi penguatkuasaan lain yang melakukan pemeriksaan.

Situasi tersebut berlaku di kedua-dua laluan iaitu sama ada hendak ke Kompleks Bebas Cukai atau untuk memasuki Thailand.

Hasil pemerhatian tiada sebarang notis berbentuk peringatan dipamerkan kepada orang ramai khususnya buat warga Thailand tentang arah berkenaan.