Loading...
SUNGAI BESI - Satu tinjauan mendapati sebanyak 87.6 peratus undian pendapat menyatakan mereka berpandangan ahli politik dan penjawat awam berpangkat tinggi di negara ini terlibat dengan amalan rasuah.
Tinjuan yang dilakukan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, di media sosial itu berlangsung selama sebulan melibatkan 720 pengundi.
Jelas Rafizi tinjauan yang dilakukannya juga mendapati sebanyak 72.9 peratus berpandangan 'kedua-duanya sama' iaitu bagi kategori kumpulan mana yang lebih banyak mengamalkan rasuah, sama ada ahli politik atau penjawat awam.
Dalam pada itu, Rafizi berkata sebanyak 98.5 peratus berpandangan mereka bersetuju untuk seseorang calon pilihanraya yang tidak mengisytiharkan harta tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya selagi mana mereka belum mengisytiharkan harta.
"Saya dapati dapatan kajian yang saya lakukan lebih kurang sebulan lepas. "Ia satu dapatan lebih kurang kecenderungan rakyat keseluruhannya mengenai amalan rasuah dan juga bagaimana cara terbaik untuk menanganinya," katanya di sidang medianya di Invoke Malaysia di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Rafizi menjelaskan bahawa tinjauan itu dilakukan secara telus kerana setiap pengundi perlu 'log in' maklumat mengenai mereka terlebih dahulu.
Loading...
0 Response to "Tinjauan: 87 peratus rasa ahli politik rasuah"
Posting Komentar