Loading...

Tinjauan Sinar Harian: Minyak masak: RAKYAT MULA RASA BEBAN, Najib 8 Menteri 3 MB, KM HAPPY di Beijing

Loading...

Hasil tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar raya sekitar Puncak Alam, Subang dan Putrajaya mendapati tiada bekalan minyak masak untuk dibeli pelanggan.

Rak yang biasanya dipenuhi botol-botol minyak pelbagai saiz kosong, menyebabkan pengguna bingung kehabisan minyak masak untuk kegunaan harian.

Sementara itu, minyak masak paket plastik satu kilogram juga sukar diperoleh dan hanya boleh di dapati kedai-kedai runcit namun dalam jumlahnya terhad.

Difahamkan, bekalan minyak masak kini dalam proses penghantaran dan dibekalkan ke kawasan yang benar-benar memerlukan.

Sesetengah peniaga pula mendakwa, pengeluar minyak bertindak menyimpan bekalan minyak sedia ada untuk beberapa hari ini sehingga harga minyak naik, bermula semalam.

Sementara itu hasil tinjauan di beberapa pasar raya lain pula mendapati, harga minyak dalam botol 500gram hingga lima kilogram naik antara 30 hingga 40 peratus berbanding sebelum ini.

Seorang pengguna dari Klang, Nor Asyikin Mohd Azali, 31, berkata, sejak beberapa minggu lalu, bekalan minyak masak memang susah didapati di pasar raya.

“Ada yang mengatakan stok tak ada. Segelintir peruncit pula hanya membenarkan setiap pelanggan beli satu pek minyak masak sahaja. Ia memang menyusahkan dan membuatkan pengguna tertekan,” katanya.

Noreen Azleen Mahmodah, 31, pula berkata, minyak masak dijual dengan harga jauh lebih tinggi berbanding biasa.

"Ada minyak masak botol seberat dua kilogram berharga RM13.35 sekilogram sebelum ini,  kini dijual RM20,” katanya.

Menurutnya, kenaikan harga minyak masak pasti memberikan kesan terhadap pengguna, apatah lagi kenaikannya serentak dengan harga petrol.

“Kerajaan khususnya KPDNKK perlu mempertingkatkan pemantauan agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang-barang lain agar pengguna tidak terus teraniaya,” katanya.

Noreen Azleen juga memohon kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan subsidi ke atas minyak masak dalam botol kerana kualitinya dikatakan tidak sama berbanding minyak masak dalam paket plastik.

Sementara itu, Nursabrina Mohd Desa berkata, nasib pengguna bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

“Sudahlah minyak masak naik harga, petrol juga naik harga. Kami rasa terbeban," katanya. - SH
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tinjauan Sinar Harian: Minyak masak: RAKYAT MULA RASA BEBAN, Najib 8 Menteri 3 MB, KM HAPPY di Beijing"

Posting Komentar