Loading...
Jumaat, 11 November 2016

Anak muda Sabah akan turun Bersih 5
Oleh: Anita Awang
Forum "BERSIH 5: Kenapa Rakyat Perlu Turun" telah berlangsung pada 9 November 2016 di Pejabat Bersih Sabah sekitar jam 8:30 malam serta dihadiri oleh pelbagai latar belakang penonton terutamanya anak muda dan mahasiswa.
Panel forum terdiri daripada beberapa barisan NGO Bev Joeman BERSIH Sabah, Uncle Muthu (NGO Hijau), Khairuddin Daud (Sekretariat Anak Muda Sabah), Mukmin Nantang (Pengerusi Suara Mahasiswa UMS), dan Datu Aziz (bekas Ketua Gerakan Pemuda Umno Bahagian Semporna).
Menurut Mukmin, mahasiswa menyambut baik semua tuntutan Bersih 5 dan akan turun berhimpun pada 19 November akan datang. Beliau turut menyatakan bahawa mahasiswa tidak perlu takut kerana tiada kes mahasiswa didakwa oleh universiti kerana turun BERSIH berdasarkan siri himpunan BERSIH yang lepas.
Ujar beliau lagi, "Tuntutan Bersih adalah untuk memastikan negara yang baik akhirnya membawa kebaikan itu kepada rakyat". Beliau juga akan turun demi mempertahankan hak rakyat berdasarkan perlembagaan.
"Adalah tidak logik polis meletakkan peraturan untuk mengisi borang dan meminta keizinan DBKK atau polis apabila himpunan itu untuk menegur 'bos' mereka" tegasnya.
Selain itu, Khairuddin Daud turut menyatakan pendiriannya bahawa Anak muda perlu turun Bersih 5 demi memastikan generasi akan datang tidak berhadapan dengan kerajaan yang korup dan bobrok.
"Di Sabah, kes RM117 juta rasuah Jabatan Air dilakukan oleh 2 orang sahaja pegawai kanan dalam kerajaan dan ini tidak boleh dimaafkan oleh rakyat. Kerana dua orang ini ratusan ribu rakyat Sabah dalam kesusahan".
" Kalau ada Bersih sampai 10 kali pun, selagi kerajaan tak penuhi tuntutan kita akan turun berhimpun di jalanraya" tambahnya lagi.
Menurut Datu Aziz, mantan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Semporna menyatakan bahawa Pilihanraya tidak pernah bersih dibawah pentadbiran UMNO/BN. Malah semua saluran untuk kita suarakan pendapat telah pun ditutup dan disekat.
"Kita dapat lihat sendiri apa yang berlaku dengan ahli parlimen yang membangkitkan soal 1MDB telah pun dipanggil oleh pihak polis walaupun dibangkitkan di Parlimen. Ini jelas menunjukkan bahawa UMNO/BN tidak telus dalam menjalankan tanggungjawab yang diberi"
Beliau juga menambah bahawa kumpulan Baju Merah sememangnya dibiayai oleh UMNO. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa UMNO jangan menipu rakyat dengan menafikan kaitan UMNO dan kumpulan Baju Merah.
Loading...
0 Response to "[Video] 'Kawan lama' ingatkan Najib: Parti, bukan peribadi...Anak muda Sabah akan turun Bersih 5"
Posting Komentar