Loading...

[VIDEO] Protes air: Pemuda Umno LONTAR BALDI ke pejabat SUK Selangor

Loading...

Kumpulan yang diterajui Pemuda Umno hari ini melontarkan baldi ke arah pagar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam yang berkunci sebagai bantahan terhadap masalah air di negeri itu.
Kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 150 orang itu diketuai oleh exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang kemudiannya menggegarkan pintu pagar sambil membuat bising.
Bekalan air di beberapa tempat di Lembah Klang disambung semula semalam selepas Loji Rawatan Air Semenyih dibuka semula.
Kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR berkata loji rawatan itu terpaksa ditutup berikutan pencemaran yang dikesan bermula dari Sungai Buah di Negeri Sembilan.
Kerajaan BN Negri Sembilan menafikan pihaknya di sebalik sabotaj itu.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[VIDEO] Protes air: Pemuda Umno LONTAR BALDI ke pejabat SUK Selangor"

Posting Komentar