Loading...

[Video] Tun M dijangka hadir ke Parlimen Selasa ini...BALDI Terbang? Umno Selangor baling botol & baldi.

Loading...
Khamis, 3 November 2016

FAKTA:
TANGKI BIRU: Sinonim dengan umpan dedak undi BN.
BALDI HITAM: Sinonim dengan kebodohan UMNO.
Image result for Foto baling baldi
MiLo SuaM on Twitter: "Himpunan Umno halal walaupun ada adengan baling-baling baldi #HimpunanHalal http://t.co/Mz8w2Eyqm4"
Image result for Foto baling baldi
Image result for Foto baling baldi

Dr M mungkin hadir ke Parlimen Selasa ini

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin akan hadir ke Parlimen Selasa ini dalam mesyuarat ahli Parlimen (MP) pembangkang untuk berbincang mengenai kuasa imuniti dalam Parlimen.
Perbincangan itu berkaitan siasatan ke atas beberapa MP yang membangkitkan mengenai 1MDB dalam perbahasan di Dewan Rakyat dan kini kenyataan mereka sedang di ambil oleh pihak polis.
“Kita akan mengadakan perbincangan dengan ahli Parlimen dan bekas ahli Parlimen dan mereka akan datang Selasa depan untuk bincang mengenai strategi dan langkah seterusnya.
“Saya dah bercakap dengan Dr Mahathir dan tanya pendapat dia, Dia (Dr Mahathir) akan hadir,” kata pemimpin Veteran DAP Lim Kit Siang kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Antara ahli Parlimen yang sedang disiasat ialah MP Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, MP Sempoerna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan MP Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika perbahasan di Dewan Rakyat.
Katanya lagi, pihaknya turut menjemput Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk hadir untuk menerangkan kepada semua pihak berkaitan kuasa imuniti itu.
“Muhyiddin, Shafie dan Husni akan hadir untuk bertindak atas cabaran itu. Saya juga jemput speaker untuk datang dan terangkan kepada semua apa yang dia buat untuk mempertahankan imuniti parlimen.
“Saya dah jemput semua ahli Parlimen BN dan menteri untuk hadir,” katanya.
Selasa lalu Muhyiddin mengesahkan beliau dipanggil polis berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu.
Isnin lalu, Husni hadir ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan, namun pihak polis menangguhkannya ke minggu hadapan.
Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk 1MDB.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan siasatan terhadap Husni tidak mengikut perlembagaan.
Wan Azizah memetik Perkara 63 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa "Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berhubung dengan apa-apa diperkatakan [...] semasa mengambil bahagian dalam mana-mana prosiding sama ada di Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.
Walaupun terdapat pengecualian daripada imuniti parlimen mengikut Perkara 63 (4), Wan Azizah berkata pengecualian itu berkaitan dengan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948, dan undang-undang yang berkaitan dengan kedudukan bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
Malaysiakini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video] Tun M dijangka hadir ke Parlimen Selasa ini...BALDI Terbang? Umno Selangor baling botol & baldi."

Posting Komentar