Loading...

Zahid Hamidi Bimbang Ancaman Hishamuddin Hussein?

Loading...
Zahid Hamidi Bimbang Ancaman Hishamuddin Hussein? Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mula mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam UMNO apabila secara terbuka membuat cadangan supaya mewujudkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden parti.

Walaupun diberikan status selaku Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, ia belum memberi jaminan kepada Zahid untuk terus mengekalkan kedudukan nombor dua dalam parti utama pemerintah itu.

Zahid Hamidi Bimbang Ancaman Hishamuddin Hussein? Pemerhati politik melihat cadangan Zahid itu lebih kepada persediaan untuk sesuatu yang lebih besar dan gusar dengan pelbagai kemungkinan yang mungkin boleh menimpanya memandangkan seorang lagi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengintai jawatan nombor dua dalam parti.

Zahid cuba mendapatkan pelantikan secara formal memangku jawatan timbalan presiden selepas setahun lebih parti itu berkrisis sejak pemecatan Muhyiddin dan beberapa pimpinan atasan lain, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Selepas reda badai, kini masa terbaik untuk Zahid secara rasminya mendapatkan pengisytiharan atau dalam erti kata lain pengiktirafan selepas berjaya menyatukan dan mengukuhkan kembali parti yang dilihat berlubang sana-sini.

Zahid Hamidi Bimbang Ancaman Hishamuddin Hussein?


Ini penjelasan dan permintaah Zahid supaya mencadangkan Perlembangaan UMNO dipinda bagi mewujudkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden parti.

Katanya, selain beliau, dua lagi Naib Presiden pernah menjalankan tanggungjawab itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Jawatan itu bukan untuk saya, sebaliknya untuk kepentingan parti, mana tahu akan datang Hisham (Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein) pula menjalankan tanggungjawab berkenaan.

Zahid Hamidi Bimbang Ancaman Hishamuddin Hussein?


“Mesyuarat agung luar biasa (EGM) perlu diadakan untuk meminda perlembagaan parti. Ini untuk penyelarasan kerana bagi sayap parti seperti Wanita, Pemuda dan Puteri, ada jawatan Pemangku Ketua bila berlaku kekosongan,” katanya.

Kenyataan ini sudah jelas lagi bersuluh, Zahid mula mengintai jawatan tertinggi dalam parti dan tidak mahu menunggu lebih lama lagi. - mm



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid Hamidi Bimbang Ancaman Hishamuddin Hussein?"

Posting Komentar