Loading...

[2 LELAKI DITAHAN] VIDEO KECOH Acu pisau kepada penguatkuasa MPSP

Loading...

NIBONG TEBAL - Dua penjaja di Pasar Awam Taman Berjaya di sini ditahan selepas didakwa cuba menghalang tugas penjawat awam di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.35 pagi itu, dua lelaki berkenaan dikatakan berniaga secara haram di pekarangan pasar awam berkenaan sebelum sepasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bertindak merampas barangan niaga mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Shafee Abdul Samad berkata, berang dengan tindakan yang dikenakan, kedua-dua suspek bertindak mengacukan pisau kepada anggota penguatkuasa dan mahu kesemua barangan niaga mereka dikembalikan.

"Ketika kejadian seramai 23 anggota penguatkuasa MPSP melakukan operasi di kawasan pasar terbabit.


"Selepas anggota penguatkuasa MPSP merampas sebuah meja, dua buah kerusi dan buah-buahan yang dijual suspek bernilai RM140, kedua-dua suspek berang dan mereka meminta agar pegawai MPSP mengeluarkan borang untuk merampas barang-barang dikeluarkan namun pegawai terbabit tidak berbuat demikian sebelum menaikkan kesemua barang-barang berkenaan ke atas lori," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Shafee berkata, suspek yang tidak dapat mengawal perasaan bertindak naik ke atas lori MPSP dan mengacukan pisau ke arah penguatkuasa MPSP sebelum menurunkan semula barang niaga milik mereka.

Video menunjukkan penjaja itu sendiri yang membuang semua buah-buhan yang dirampas dari atas lori

Katanya, bimbang sesuatu yang buruk berlaku, polis bantuan yang turut bersama dalam operasi berkenaan terus menangkap kedua-dua suspek.

"Suspek yang berusia 32 dan 28 tahun berjaya ditenangkan dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan untuk siasatan lanjut.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - SH
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[2 LELAKI DITAHAN] VIDEO KECOH Acu pisau kepada penguatkuasa MPSP"

Posting Komentar