MALAYSIA DATELINE
Tempat kejadian tembakan rambang berhampiran pusat komersial E-Gate, lebuh raya Jelutong Express.
Tiga meninggal dunia termasuk seorang 'Datuk', manakala wartawan sambilan RTM cedera parah akibat tembakan rambang berdekatan pusat komersial E-Gate, Lebuhraya Tun Lim Chong Eu, Pulau Pinang petang ini.
Suspek kes tembakan rambang yang berjaya diberkas polis.Jurukamera sambilan RTM itu dilaporkan cedera parah di bahu kiri akibat ditembak individu tidak dikenali.
Menurut BH Online, dalam kejadian kira-kira jam 7.15 petang itu, mangsa Mohamad Amirul Amin Amir, 27, dipercayai sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya menuju ke Tapak Pesta Pulau Pinang.
Bagaimanapun, kedua-duanya menghentikan motosikal berhampiran Pusat Komersial E-Gate kerana mahu melihat kemalangan, sebelum mangsa ditembak seorang individu tidak dikenali.
Mohamad Amirul kini berada di Wad Kecemasan Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.
Sementara itu, seorang lelaki Cina dan seorang lelaki India dikatakan mati terkena tembakan itu.
Manakala seorang lelaki Cina, seorang perempuan Cina dan seorang India Muslim lain tercedera.
Seorang penunggang motosikal turut menjadi mangsa tembakan ini.
Menurut saksi kejadian yang juga seorang wartawan, Zainul Fakar Yaakub, beliau terpaksa menempuh kesesakan trafik di Jelutong Expresway itu dalam perasaan penuh cemas.
Beliau berkata, seorang suspek kes tembak ini berjaya ditahan oleh polis.
Bagaimanapun polis masih belum dapat mengesahkan motif kejadian ini.
Related Posts :
[Video FULL Bicara Minda: Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad] Wei, korang apa tahu ilmu mantik geografi Pas! LGE: Propaganda Pas akan gagal sepertimana Umno.Selasa, 23 Oktober 2018
Suara Rakyat
#TERGEMPAR.. Selepas ini Malaysia bolehlah import beras dari Singapura KERANA HASIL PADI SINGAPURA JA… Read More...
[Video MP Rompin di Parlimen tak tahu maksud 'superior' dlm Bhs Melayu & Pejuang melayu sendiri guna UMNO (English)] TURUN naik, TURUN naik Oles Trus punya Nazri, ini politik 'cari makan' atau nak politik 'selamatkan tengkuk sendiri! Apa lagi agaknya selepas ini?… Read More...
[Video Adakah Tun seorang PENDENDAM? Umno is no more now] Dr M: Tunjuk bukti kerajaan reka 45 tuduhan ke atas Zahid.Selasa, 23 Oktober 2018
Dr M: Tunjuk bukti kerajaan reka 45 tuduhan ke atas Zahid
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memb… Read More...
4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara PelikPada masa kini, negara kita masih mempunyai pelbagai sumber ekonomi seperti minyak dan gas, pembalakan, perindustrian, pelancongan dan banya… Read More...
Marisa Papen Berbogel Lagi Di Hagia Sophia!Marisa Papen, model Playboy yang pernah dipenjarakan kerana bergambar bogel dalam sebuah kuil di Mesir, tetapi tidak serik-serik kerana kali… Read More...
0 Response to "3 mati, wartawan RTM cedera tembakan rambang di Pulau Pinang"
Posting Komentar