Loading...

9000 guru 'duka lara' berjaya ditukar, majoriti dari Kelantan, Kedah

Loading...
MACHANG 5 Dis. - Kementerian Pendidikan telah menyelesaikan sebanyak 9,000 pertukaran guru di seluruh negara sepanjang tahun ini dengan majoriti yang ditukarkan ialah pendidik dari Kelantan dan Kedah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ke­utamaan pertukaran diberi kepada guru-guru yang tinggal berjauhan dengan pasangan masing-masing atau dikenali sebagai guru duka lara.

"Selain faktor berjauhan dengan pasangan, kita juga mengambil kira faktor lain seperti tempoh masa, keadaan keluarga dan ibu bapa guru tersebut.

"Pertukaran dibuat sebanyak dua kali tahun ini iaitu bagi sesi pertama Januari hingga Jun, dan sesi kedua Julai hingga Disember," katanya.

Beliau berkata demikian dalam perasmian Program Guru Bersama Masyarakat Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan (SK) Machang 2, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad serta Pengarah Pendidikan negeri, Jaafar Ismail. - UTUSAN ONLINE
jobs from my.neuvoo.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "9000 guru 'duka lara' berjaya ditukar, majoriti dari Kelantan, Kedah"

Posting Komentar