Loading...
JIKA DIAMBIL KIRA PERCATURAN POLITIK MASA KINI, MAKA PAS KENALAH BERTEGAS DAN MENGAKHIRKAN KERJASAMA TAHALUFNYA DENGAN PKR DAN PAS TIDAK PERLU MENGAMBIL MASA YANG AGAK LAMA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN. RASANYA PAS TIDAK AKAN RUGI APA-APA KERANA PAS BERJUANG BUKAN UNTUK BERGEGAS KE PUTRA JAYA,
ANDAINYA PERHUBUNGAN INI TERPUTUS MAKA IA BUKAN SUATU YANG MENGGEMPARKAN MALAH IA ADALAH SUATU YANG DINANTIKAN OLEH SETIAP AHLI YANG MELIHAT PERHUBUNGAN DENGAN PKR UMPANA PERHUBUNGAN YANG SANGAT JANGGAL, OLEH YANG DEMIKIAN INILAH PELUANG PAS UNTUK MENGAMBIL KERUSINYA KEMBALI DARIPADA PKR - Pak Karamu
‘Kita takkan bekerjasama sebab DAP, Amanah’
Razman Zakaria
IPOH - "Kita takkan bekerjasama dengan mereka yang berhubungan dengan DAP dan Amanah, " demikian kata, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu bagi menghadapi PRU14.
Menurutnya, mesyuarat di peringkat Pas Pusat berkemungkinan diadakan bagi membincangkan tentang kerjasama politik bersama PKR yang diketahui merupakan komponen dalam Pakatan Harapan pada ketika ini.
Katanya, sebarang kata putus berkaitan status kerjasama itu mungkin dimuktamadkan dalam mesyuarat berkenaan.
"Cuma, ditegaskan dia (PKR) ada hubungan dengan di sana (Pakatan Harapan) tapi pada masa yang sama nak berhubung dengan kita, tak boleh macam itu," katanya.
Kelmarin, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu dibuat selepas meneliti masalah dan isu semasa yang melingkari rakyat pada ketika ini.
Beliau turut menjelaskan kedua-dua pihak bertekad untuk membela nasib rakyat sekaligus merubah Malaysia ke arah yang lebih baik.
Loading...
0 Response to "ADA KEMUNGKINAN BESAR PAS DAN PKR AKAN BERPISAH"
Posting Komentar