Loading...
Mahkamah bebaskan Safwan Anang atas tuduhan hasutan
Safwan Anang
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini membebaskan bekas aktivis pelajar, Muhammad Safwan Anang atas tuduhan hasutan, selepas memutuskan kenyataan beliau tidak berunsur hasutan.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki juga mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 bulan yang diputuskan Mahkamah Sesyen selepas Muhammad Safwan didapati bersalah atas dakwaan menggesa orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan.
Muhammad Safwan, 27, bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia didakwa membuat ucapan berbaur hasutan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada 13 Mei 2013.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham juga mengetepikan hukuman denda RM5,000 atau dua tahun penjara yang diputuskan Mahkamah Tinggi terhadap Muhammad Safwan.
Mahkamah Tinggi pada 16 Disember 2015, telah menggantikan hukuman penjara 10 bulan kepada hukuman denda RM5,000 atau penjara dua tahun (jika gagal membayar denda) selepas membenarkan rayuan Muhammad Safwan terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 5 Sept 2014. - Bernama
Loading...
0 Response to "ADA MAHKAMAH YANG BETUL DAN ADA MAHKAMAH YANG TAK BETUL, SAFWAN BEBAS"
Posting Komentar