Loading...
(Status ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah hak dan keadilan di sudut Islam yang telah diberikan kpd masyarakat orang asli, bukannya untuk melihat di sudut peraturan dan undang undang yg sedia ada)
Secara umumnya penempatan orang asli di Kelantan lebih tertumpu kpd Jajahan Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai. Mereka telah menetap beratus ratus tahun dahulu sblm wujudnya pentadbiran moden samada sebelum dan selepas merdeka. Pos Pos utama mereka ialah;
1 Gua Musang
Kuala Betis, Tohoi, Gob, Simpor, Pasik, Pulat, Blau, Hendrop, Mendrop, Broke, Sendrop, Lojing, Tuel, Hau, Belatim, Dakoh, Balar, Bihai, Bahung, Tendrip, Balar, Redip, Penaq, Jadel dll.
2. Kuala Krai Pasir Linggi, Aring, Kuala Koh, Depak, Sungai Pertang dll 3. Jeli9 Sungai Rual dll
Setakat ini, mengikut apa yang disebut oleh YAB Menteri Besar Kelantan,Dato Bentara Kanan, Dato Ahmad Yakob, Kerajaan Negeri Kelantan telah mewartakan tiga kawasan orang asli sbg rezab awam untuk kepentingan mereka, iaitu;
1. Pos Jedip, Lojing (606 ekar )
2. Ulu Nenggiri /Kuala Betis (577 ekar)
3. Jeli Tepi Sungai /Sungai Rual ( 1464 ekar)
Sementara satu lagi masih di peringkat cadangan iaitu di Pos Gob (2,404 ekar) Setakat pengetahuan ambo, penempatan orang asli di Kuala Betis dan Sungai Rual merupakan Rancangan Penempatan Semula (RPS) yg telah dimajukan oleh JKOA di awal 1980'. Mereka diberi tanah seluas 10 ekar sbg ladang dan sekitar 1/6 ekar untuk tapak rumah.
Di RPS Kuala Betis, seramai 248 peserta belum diberi hak milik tanah, mereka hanya diberi dividen bulanan antara rm400 - rm1000 sebulan bagi ladang seluas 10 ekar seorang.
Manakala tanah di Pos Jedip seluas 606 ekar diserahkan kepada Yayasan Amanah Tok Kenali sebagai agensi pemaju dan Tatok pula telah menyerahkan pemajuan tanah tersebut kpd Syarikat Golden Jullian secara sewa bulanan bagi tujuan pertanian komersial. Tidak ada orang asli yg terlibat secara langsung dlm rezab ini walaupun ianya diwartakan untuk kepentingan orang asli. Setakat ini setahu ambo mereka masih belum menikmati apa apa faedah secara langsung daripada tanah rezab tersebut.
Saya tidak tahu status terkini tanah di Pos Gob seluas 2,404 ekar yang dikatakan akan diwartakan sebagai kawasan orang asli. Sebelum ini ada beberapa syarikat telah memohon tanah ini untuk projek pertanian komersial secara kerjasama dengan agensi Kerajaan spt Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, YAKIN, YIK dan sebagainya.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah dlm kenyataannya spt yang dilaporkan oleh Mkini pada 20/10/2016 dan Exco Agama Kelantan, Mohd Nassuruddin Haji Daud dalam status facebooknya pada 1/12/2016 berkata Kerajaan Kelantan telah menyediakan seluas 3.9 juta hektar tanah sebagai kawasan orang asli, 1.6 juta hektar telah diwartakan, satu keluasan yang melebihi keluasan Negeri Kelantan, iaitu 1.5 juta hektar.
Jika kita melihat di sudut Islam, sepatutnya orang asli juga berhak diberi hak milik tanah sptmana yg telah diberikan kpd warganegara yang lain. Mereka bukan pendatang, bahkan pribumi asal kpd negeri ini. Enakmen berkaitan Rezab Melayu dan Kanun Tanah Negara sepatutnya tidak boleh mengatasi hukum Islam bagi sebuah negeri yang mendakwa perpandukan kpd hukum Allah.
Kedudukan tanah di negeri Kelantan yg telah diwartakan sebagai Rezab Melayu, kecuali di beberapa mukim tertentu shj dan Akta 134, Akta Orang Asli 1954 sepatutnya tidak dijadikan halangan dan alasan untuk kita berlaku adil dan menyempurnakan hak rakyat mengikut Islam, bukannya berpegang teguh dengan peraturan dan undang undang ciptaan manusia.
Jika kerajaan boleh memberi milik tanah kpd rakyat kelantan termasuk kepada bangsa cina dan india, agensi kerajaan, syarikat dan NGO's, mengapa sebagai sebuah Kerajaan Islam tidak boleh mengkaji untuk menyelesaikan isu tuntutan hak milik tanah dari kalangan masyarakat orang asli.
- Penulis ialah Naib Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Kelantan (Amanah). Walaubagaimana pun tulisan ini tidak mencerminkan dasar dan keputusan parti Amanah kecuali selepas diputuskan sedemikian.~ sumber
Loading...
0 Response to "ADAKAH KERAJAAN KELANTAN TELAH BERLAKU ADIL KEPADA RAKYATNYA DARI SUKU KAUM ORANG ASLI?"
Posting Komentar