Loading...
Taufan Nock-Ten dikesan, amaran angin kencang
MetMalaysia
KUALA LUMPUR - Taufan Nock-Ten dikesan di 852 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah pada jam 8 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata taufan itu dikesan pada latitud 14.4 Utara dan longitud 118.4 Timur dengan pergerakan ke arah Barat pada kelajuan 25 km sejam (kmsj).
Menurut jabatan itu, angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Condore dan Reef North sehingga Sabtu ini.
Selain itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Samui, Tioman, Bunguran, Kuching, Reef South, Layang-Layang dan Palawan sehingga Sabtu ini.
Keadaan sama juga dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga Sabtu ini.
"Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut," kata jabatan itu.
- Bernama
Loading...
0 Response to "Amaran ribut taufan"
Posting Komentar