Loading...
Anak Karpal Singh Desak DAP Berhati-Hati Dengan Mahathir. DAP perlu berhati-hati dengan bakal sekutunya dan memastikan matlamat mereka benar-benar jujur, amaran Sangeet Kaur Deo, anak perempuan mendiang Karpal Singh.
Walaupun bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng “tiada kawan kekal dan tiada musuh yang kekal dalam politik”, apa yang harus tetap kekal adalah prinsip parti politik, katanya.
Anak Karpal Singh Desak DAP Berhati-Hati Dengan Mahathir. “Saya menggesa pemimpin kita berhati-hati apabila memilih sekutu. Kita mesti memastikan prinsip mereka selaras dengan kita,” katanya pada Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini.
Sangeet merujuk kepada pakatan yang baru ditubuhkan DAP dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti politik barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Perwakilan dari cawangan USJ Subang Jaya itu juga menekankan sikap hipokrasi pemimpin berusia 91 tahun itu, mengingatkan parti bagaimana Dr Mahathir bertanggungjawab terhadap penggunaan sewenang-wenangnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini dimansuhkan.
Beliau berkata adalah menarik untuk melihat Dr Mahathir kini berjuang menentang penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), apabila beliau sendiri memainkan “peranan penting dalam penguatkuasaan ISA” ketika menjadi perdana menteri.
Anak Karpal Singh Desak DAP Berhati-Hati Dengan Mahathir
“Sosma adalah akta yang zalim, sama seperti ISA. Tetapi ia kini dikuatkuasakan kerajaan yang kehilangan hati nurani mereka.
“Kita kini di bawah ihsan Sosma, ihsan kerajaan yang kejam.”
Ucapan beliau itu datang hanya beberapa jam selepas Dr Mahathir membuat penampilan kejutan dan “sejarah” pada persidangan tahunan ke-50 parti itu.
Lim kemudian menangani perkara dibangkitkan Sangeet dengan mengatakan, walaupun DAP dan Dr Mahathir pernah bermusuh, mereka kini berkongsi matlamat bersama untuk mengalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang “rasuah”.
Anak Karpal Singh Desak DAP Berhati-Hati Dengan Mahathir. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Lim berkata Pakatan Harapan bersama-sama Dr Mahathir hanya cuba menjamin masa depan negara dan rakyatnya.
“Mereka (BN) memusnahkan masa depan generasi saya. Apa yang kami mahu lakukan sekarang adalah untuk menyelamatkan masa depan anda, masa depan generasi kini,” katanya. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Anak Karpal Singh Desak DAP Berhati-Hati Dengan Mahathir"
Posting Komentar