Loading...
Wala’ membuta tuli hancurkan masa depan negara
Mahfuz Omar
SHAH ALAM – Kesetiaan sepatutnya dilahirkan daripada orang yang berfikir dan taat dalam keadaan faham serta jelas dan bukannya secara membuta tuli, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, wala’(kesetiaan) yang membuta tuli hanya akan menghancurkan masa depan negara. “Ada pemimpin yang sedang mengalami krisis wala'.
“Sesuatu yang pelik bila pemimpin dan kepimpinan meminta disetia dan ditaati oleh semua berbanding ulamak dan pemimpin dahulu dengan amal perbuatan,percakapan,kejujuran dan keikhlasan diri yang membuatkan mereka diberikan kesetiaan (wala') oleh orang bawahan atau rakyat keseluruhan,” katanya.
Jelasnya, wala’ tidak boleh melahirkan orang yang hanya mengikut telunjuk, sebaliknya wala’ semestinya melahirkan orang yang berfikir dan taat dalam keadaan faham dan jelas.
“Wala' sebagai istilah agama disalah guna, wala' cuba digunakan untuk diberikan kesetiaan dan kepatuhan membuta tuli.
"Ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan yang tidak melanggar syarak dan bukannya ketaatan yang membuta tuli tanpa pengetahuan dan usul periksa,” ujarnya lagi.
Loading...
0 Response to "APA SALAHNYA WALAK MEREKA ? SEKALIPUN WALAK MUALAF IA TETAP WALAK, MAHFUZ KENA BELAJAR AGAMA LAGI"
Posting Komentar