Loading...
PETALING JAYA: Cadangan menaikkan tambang bas sekolah tidak sesuai dilaksanakan pada bulan depan, memandangkan kerajaan baru menurunkan harga diesel, kata timbalan menteri pengangkutan.
Datuk Ab Aziz Kaprawi yang dipetik Sin Chew Daily berkata, Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia sepatutnya berbincang dengan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Beliau berharap cadangan menaikkan tambang bas sekolah mulai bulan depan ditangguhkan sehingga masa sesuai.
“Ibu bapa perlu menanggung sejumlah kos untuk sesi persekolahan baru pada tahun depan, kenaikan tambang bas sekolah akan menambahkan lagi beban mereka,” katanya selepas merasmikan program anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di Batu Pahat, Johor, semalam.
TV3 sebelum ini melaporkan tambang bas sekolah dijangka dinaikkan RM10 hingga RM20 sebulan, mulai sesi persekolahan baru 2017.
Laporan itu memetik Pengerusi Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia, Ahmad Fauzi Murad sebagai berkata, sudah sampai masanya untuk menaikkan tambang bas sekolah yang tidak diselaraskan sejak 2 tahun lalu.
Katanya, beban pengusaha bas sekolah bertambah ekoran penarikan subsidi diesel oleh kerajaan pada 2012.

0 Response to "Aziz: Harga diesel turun, tak sesuai naik tambang bas sekolah"
Posting Komentar