Loading...

BAGI SATU TAKBIR UNTUK NAJIB, TAKBIR !!!

Loading...
Gesa semua jangan politikkan isu RUU 355
Najib Tun Razak
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2016 hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, merayu masyarakat supaya tidak mempolitikkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, (RUU 355).

Jelas Najib, tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai RUU 355, kerana ia dilakukan mengikut saluran peraturan yang sedia ada.

"Kerajaan indukan Umno telah membuat satu ketetapan bersejarah, apabila pada 24 November 2016 yang lalu, setelah dirunding bersama rakan-rakan dari Pas, maka pindaan Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 telah dibacakan.

"Saya pinta, janganlah sesiapa mempolitikkan isu ini kerana, ia adalah satu usul persendirian yang kemudiannya akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan," katanya dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan  Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya orang bukan Islam, tidak perlu bimbang, kerana kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur penghukuman dualisme.

Sebelum ini pada 24 November lalu, Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membentangkan Akta Pindaan RUU 355, di Dewan Rakyat.

Namun, Abdul Hadi yang juga merupakan Presiden Pas berkata, oleh kerana masih ramai yang tidak faham sepenuhnya mengenai isu itu, beliau memohon untuk membuat huraian pada sesi Dewan Rakyat akan datang berkemungkinan pada Mac tahun hadapan.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM200,000 dan 100 kali sebatan.

Ia bertujuan untuk memperkasakan mahkamah syariah selaras dengan peruntukan dalam perlembagaan.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BAGI SATU TAKBIR UNTUK NAJIB, TAKBIR !!!"

Posting Komentar