Loading...
TERLALU BANYAK YANG DIPERINTAH AGAMA YANG MANUSIA TIDAK LAKUKAN, YANG MENYEBABKAN DEMIKIAN IALAH KERANA MANUSIA MENYERAHKAN AMANAH KEPADA YANG BUKAN AHLINYA, SEMENTARA ORANG RAMAI RAMAI YANG SEPANYA BERJUANG KEPADA JALAN ALLAH AKAN TETAPI MEREKA LEBIH CENDERUNG KEPADA MEREBUT PELUANG HIDUP UNTUK MEMBERU KEBENDAAN - Pak Karamu
Perutusan Maulidur Rasul daripada Presiden Pas
Abdul Hadi.
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Rasulullah SAW diutuskan ALLAH untuk menyempurnakan seluruh ajaran dan syariat Islam dengan membimbing dan memimpin seluruh umat manusia mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia hingga akhirat.
Menurut beliau, bersama Baginda adalah kaum yang ALLAH namakan sebagai Muslim, menjadi umat wassatiyah dan terbaik di kalangan manusia, menunjukkan teladan mengharmonikan dan menyejahterakan kehidupan di muka bumi.
"Hakikatnya, dunia akhir zaman ini tersangat berhajat kepada umat Islam yang akan mengembalikan secara teguh seluruh seruan dan akhlak Rasulullah SAW untuk menyelamatkan dunia sedang dihimpit pelbagai kezaliman dan kerosakan akibat perbuatan manusia jauh dari hidayah ALLAH.
"Jelas hari ini rintihan manusia dihina, diperdagangkan, didera, diseksa hingga dibunuh oleh mereka yang memperhambakan. Dirampas segala hak hasil usaha, harta, kediaman, perekonomian dan tanah air oleh penjajah dengan pelbagai wajah sangat rakus.
"Juga segala amanah diwarnai kecurangan, penyelewengan, rasuah, skandal dan salah guna kuasa pemimpin seumpama serigala. Selain pelbagai penyimpangan agama yang menyesatkan dan membingungkan dari tujuan ubudiyah.
"Hingga membekaskan kepada dunia hari ini dengan bayangan hitam jenayah, ketakutan, penderitaan dan bida'ah yang tiada kesudahan, pembelaan serta penjernihan," katanya dalam perutusan beliau sempena sambutan Maulidur Rasul, esok.
Beliau berkata, maka, didatangkan Islam yang pernah ditegakkan Baginda Rasulullah SAW sebagai penyelesaian terhadap segala kebejatan ini. Menukarkan air mata derita kepada kegembiraan, kemungkinan kepada jaminan, serta sengsara kepada bahagia di dunia dan akhirat.
Sehubungan itu, katanya, umat Islam mestilah bersatu padu terlebih dahulu dengan berpegang kepada sunnah Rasulullah dan menggenggam erat syariat ALLAH. Seterusnya bangkit sebagai umat yang akan menebarkan rahmat ke seluruh alam ini.
"ALLAH menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredaiNYA untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-KU dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-KU. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka," (an-Nur: 55).
Beliau berkata, inilah selawat akbar umat ini ke atas Baginda, yang tidak hanya diterima hadirnya dengan keraian berhimpun bercerita riwayat mengenang semata-mata. Tetapi menegakkan seluruh usaha Baginda ke atas umat manusia secara istiqamah hingga tertegaknya keadilan melalui syariat ALLAH SWT.
Loading...
0 Response to "BANYAK YANG AGINDA PERINTAH MANUSIA BUAT TAPI MANUSIA TINGGALKAN"
Posting Komentar