Loading...

Berita Mengejutkan Buat Rakyat Malaysia

Loading...
ringgit-malaysia-1
Berita Mengejutkan Buat Rakyat Malaysia. Kejatuhan nilai ringgit pada tahun ini menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak melancong ke luar negara, kata agensi pelancongan.

Presiden Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra) Harith Mohd Ali berkata ramai membatalkan hasrat bercuti ke luar negara sama ada bersama keluarga atau rakan kerana memikirkan kos yang terpaksa dibelanjakan begitu tinggi.

Berita Mengejutkan Buat Rakyat Malaysia.  “Berdasarkan pengalaman kami, tahun ini memang ada penurunan permintaan rakyat melancong ke luar negara dan syarikat saya sendiri mengalami penurunan 10% berbanding tahun lalu.

“Keghairahan rakyat untuk melancong tidak seperti dulu kerana mereka memikirkan kos terutamanya apabila keadaan ekonomi kita terjejas dengan nilai tukaran mata wang yang begitu rendah,” katanya.

Sebagai contoh, katanya pakej ke Beijing pada awal 2016 ialah RM3,000, namun meningkat 20% hingga 25% susulan kejatuhan nilai ringgit.

China antara negara paling diminati rakyat Malaysia untuk dikunjungi selepas Korea dan Jepun.


Berita Mengejutkan Buat Rakyat Malaysia


Pengurus J Horizons Sdn Bhd Saira Sani berkata syarikatnya pada masa ini hanya bergantung kepada permintaan syarikat korporat yang masih setia melanggan dengan agensi pelancongan.

“Kami bertahan sebab adanya syarikat korporat yang memberi sokongan dan selain kejatuhan nilai ringgit, kemunculan perkhidmatan atas talian memperlahankan lagi permintaan terhadap agensi pelancongan kerana sekarang semua tempah hotel dan pengangkutan melalui atas talian,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar My Caring Borneo Sdn Bhd Linna Masud berkata pihaknya masih menganggap kejatuhan nilai mata wang negara tidak memberi kesan besar kepada rakyat untuk melancong terutamanya golongan muda.

“Tukaran rendah tidak jejaskan pelancongan ke luar negara kerana trend terkini melancong setiap tahun. Ia juga antara penyumbang utama sumber ekonomi negara malah setiap tahun kadar peratusan meningkat.

“Kebanyakan golongan remaja lebih agresif berbanding dewasa kerana 30% daripadanya memilih untuk bercuti di, Bali, Lombok, Maldives dan Boracay di Filipina,” katanya.


Berita Mengejutkan Buat Rakyat Malaysia


Harith berkata pihaknya tidak nampak akan adanya peningkatan permintaan rakyat untuk melancong ke luar negara pada 2017 jika keadaan ekonomi kita terus lembap.

“Saya tidak melihat akan ada peningkatan untuk 2017, berdasarkan keadaan ekonomi sekarang, namun saya berharap kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memulihkan ekonomi negara dan menstabilkan kembali tukaran mata wang asing negara,” katanya.

Berita Mengejutkan Buat Rakyat Malaysia. Linna berkata antara langkah yang boleh diambil kerajaan ialah mengadakan promosi harga tiket penerbangan yang dapat menarik kembali orang ramai bercuti ke luar negara. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berita Mengejutkan Buat Rakyat Malaysia"

Posting Komentar