Loading...
Berita Menggemparkan FELDA. Felda enggan mengulas dakwaan bahawa agensi persekutuan itu mungkin berdepan dengan masalah memenuhi tanggungjawab teras kepada kira-kira 100,000 peneroka Felda.
"Saya tidak mahu komen buat masa ini kerana kami sedang mengusahakan sesuatu," kata ahli lembaga pengarah Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.
Berita Menggemparkan FELDA. "Apabila tiba masanya, kita akan membuat pengumuman. Kamu (boleh) tanya nanti saya akan jawab," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, ladang kelapa sawit kira-kira 100,000 peneroka yang menyertai skim itu pada 1980-an perlu ditanam semula kerana tanaman mereka sudah berusia.
Walau bagaimanapun, katanya, akaun Felda yang diaudit pada tahun 2014 menunjukkan bahawa kos penanaman semula berjumlah sekitar RM2.5 bilion, manakala pendapatan yang dicatatkan hanya RM 871.1 juta.
Berita Menggemparkan FELDA
Ini menimbulkan keraguan sama ada Felda mampu membantu peneroka menanam semula. Tanpa bantuan daripada Felda, Rafizi berkata, sebahagian besar peneroka yang dalam lingkungan usia 60-an, akan menderita.
Noor Ehsanuddin, yang juga adalah Ahli Parlimen Kota Tinggi, berkata Rafizi berhak untuk bercakap apa sahaja.
"Kamu percaya apa yang dia cakap selama ini?" katanya.
Felda menjadi perhatian apabila ia mengambil alih kepentingan 37 peratus dalam firma PT Eagle High Plantations Tbk dari Indonesia, pada harga saham sebanyak lebih dua kali ganda daripada nilai di pasaran.
Berita Menggemparkan FELDA
Terdapat juga kebimbangan terhadap kejatuhan harga saham anak syarikatnya Felda Global Ventures (FGV).
Berita Menggemparkan FELDA. Keyakinan dalam syarikat itu menjunam baru-baru ini selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ia telah melupuskan sepenuh kepentingannya dalam syarikat itu. Felda memiliki pegangan 21 peratus dalam FGV.
Iklan
Loading...
0 Response to "Berita Menggemparkan FELDA"
Posting Komentar