Loading...

Bincang dengan sekolah dan Ibu bapa, kenaikan perlu munasabah

Loading...
IPOH – Majlis Permuafakatan PIBG Perak meminta pengusaha bas memberikan kerjasama untuk berunding berhubung isu kenaikan tambang bas sekolah sebelum sesi persekolahan 2017 bermula.

Presidennya, Datuk Rosli Yang Danian berkata, usaha ini perlu dilakukan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut seterusnya mencari alternatif terbaik untuk meringankan beban mereka dan juga ibu bapa.

Beliau tidak menolak kemungkinan kenaikan akan berlaku memandangkan keadaan harga minyak semasa semakin meningkat namun kenaikan tambang perlulah munasabah.

Menurutnya, kenaikan ini sekali gus akan membebankan ibu bapa yang mempunyai lebih seorang anak tambahan pula dengan keadaan ekonomi ketika ini.

“Saranan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mahu pengusaha bas sekolah berbincang dengan PIBG terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenaikan adalah sangat tepat.

“Dalam rundingan itu, kita boleh bincang pro dan kontranya. Pengusaha bas boleh berikan penjelasan, pihak ibu bapa juga boleh beri pandangan. Kita sebagai orang tengah akan cuba cari jalan terbaik bagi kedua-dua belah pihak,” katanya.

Beliau berkata, mereka perlu mencapai kata sepakat sebelum mengumumkan apa-apa cadangan kenaikan berhubung tambang bas sekolah.

Tambahnya, tidak sesuai tambang bas sekolah dinaikkan mulai Januari depan yang hanya akan membebankan ibu bapa berikutan sesi persekolahan baharu bermula.

Dalam perkembangan lain, selain kadar tambang bas dijangka meningkat, beberapa keperluan sekolah juga naik.

“Saya ada ke beberapa pasar raya sekitar Ipoh untuk tinjauan dan mendapati ada sebilangan ibu bapa yang merungut harga barangan keperluan sekolah berlaku peningkatan.

“Mereka cakap harga yang dibeli hari ini tidak sama seperti tahun sebelumnya. Buat masa ini saya rasa harga masih terkawal kerana tidak ada aduan dari mana-mana pihak,” katanya.

jobs from my.neuvoo.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bincang dengan sekolah dan Ibu bapa, kenaikan perlu munasabah"

Posting Komentar