Loading...

[CETUS TANDA TANYA] Cenderahati Lukisan Gambar Zahid - Arwah TG Haron Din di Multaqa Perundangan dan Politik, MPI

Loading...
Ahmad Zahid menerima cenderahati berupa potret beliau bersama Allahyarham Tuan Guru Haron Din pada majlis hari ini - BERNAMApic
PUTRAJAYA - YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, TPM telah merasmikan Multaqa Perundangan dan Politik, Majlis Perundingan Islam (MPI) di The Everly Hotel, Putrajaya hari ini.

TPM dalam ucapan menasihatkan agar diketepikan keegoan politik dan perbezaan pendapat demi kepentingan bersama umat Islam di negara ini. 

Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah kenapa sejak akhir-akhir ini pelbagai program yang kononnya demi Islam yang diadakan akan turut melibatkan pemimpin PAS tetapi tidak pula pemimpin PPBM.

Pada majlis ini kelihatan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Haji Idris Haji Ahmad turut bersama-sama.  

Malah, cenderahati potret Allahyarham Tuan Guru Haron Din yang dipilih untuk diletakkan bersama-sama Zahid Hamidi.

Sesetangah pendapat menyatakan bahawa program-program Islam yang melibatkan pemimpin UMNO dan PAS sejak akhir-akhir ini merupakan serampang dua mata yang bertujuan untuk melunakkan ahli-ahli PAS agar mampu menerima UMNO bagi menghadapi PRU-14.

Apapun, kita berharap agar UMNO jujur memperjuangkan walaupun beberapa kali menangguhkan RUU355 dibentangkan di Parlimen.



 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[CETUS TANDA TANYA] Cenderahati Lukisan Gambar Zahid - Arwah TG Haron Din di Multaqa Perundangan dan Politik, MPI"

Posting Komentar