Loading...

DALAM JAMA'AH PAS MASIH ADA LAGI JAHIL AGAMA

Loading...
TIDAK DINAFIKAN BAHAWA DIDALAM
JAMA'AH PAS MASIH LAGI ADA YANG
BERFAHAMAN SEKULAR DAN JAHIL AGAMA
NAMUN WAKTU KEBELAKANGAN INI SUDAH BERANSUR PUPUS 
KERANA  SUDAH LARI TUBUHKAN 
PARTI LAIN, ADA LA SEKOR DUA YANG MASIH
BUTA ILMU AGAMA DAN DASAR PERJUANGAN
 
-Pak Karamu-
 
 
 Prinsip, perjuangan Pas sentiasa konsisten
Hadi Awang
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

ALOR SETAR - Pas Kedah yakin Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tersasar dalam  membawa prinsip dan perjuangan parti, walaupun dilihat lebih ‘mesra Umno’ berbanding presiden terdahulu.

Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, prinsip parti yang dibawa Abdul Hadi sama seperti yang didokong arwah Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, cuma pendekatan masing-masing berbeza.

“Sebagai contoh, apa yang diperjuangkan Nik Abdul Aziz dalam mengangkat undang-undang  Syariah di Kelantan disambung oleh Abdul Hadi sekarang, ini bukti jelas pimpinan terdahulu dan sekarang mempunyai perjuangan yang seiring,” katanya.

Menurutnya, tohmahan itu sengaja diciptakan bertujuan untuk mengaburi mata rakyat selain mahu melihat Pas disisihkan dari arena politik negara.

“Saya percaya rakyat matang menilai tindakan politik yang Pas laksanakan. Ahli Pas yang sentiasa mengikuti program parti akan tahu ini pendekatan yang dipilih parti berbanding pihak tertentu yang mencemburui Pas,” katanya.

Mengulas kemesraan ditunjukkan antara Abdul Hadi dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sepentas pada program Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya, baru-baru ini, Ahmad Fakhruddin berkata, ahli parti berfikiran terbuka dan menerima pendekatan itu.

“Pas adalah sebuah parti yang stabil , namun wujud cubaan pihak tertentu mahu menimbulkan persepsi negatif terhadap Pas," katanya.

Selain isu mesra Umno, Pas turut dilemparkan tohmahan konon hala tuju kepimpinan ulama Pas menghampiri konsep mullah selepas kematian Nik Abdul Aziz. Kepimpinan era Abdul Hadi didakwa menghampiri konsep mullah dan pemimpin yang bersifat maksum seperti kepercayaan golongan Syiah.

Komentar bebas oleh Dr A Zachary S, seorang pensyarah di sebuah IPTA yang disiarkan amanahdaily.com itu turut menyifatkan kepimpinan Abdul Hadi dan ulama gagal meneruskan penerapan 'fiqh al waqi’ dalam pemahaman dan pelaksanaan syariat yang membawa kepada pertimbangan yang betul dan jauh daripada unsur-unsur yang melampau.

Ditanya sama ada Pas kini seolah diperkudakan Umno dalam mengangkat isu agama sebagai bentuk kerjasama selain mahu menjejaskan imej Abdul Hadi, Ahmad Fakhruddin secara sinis berkata, siapa diperkudakan siapa?

“Orang tidak pernah persoal adakah Umno diperkuda Pas. Yang orang nampak Umno perkudakan Pas, tetapi adakah anda lihat Pas yang perkudakan Umno?” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan beberapa pemimpin tertinggi Pas sejak kebelakangan ini semakin mengelirukan.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DALAM JAMA'AH PAS MASIH ADA LAGI JAHIL AGAMA"

Posting Komentar