Loading...

[DI M'SIA, 1MDB MAHA SUCI] Bekas pegawai bank Jho Low kena penjara 30 bulan hari ini

Loading...

Mahkamah Tinggi Singapura hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan penjara ke atas bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei atas tuduhan mengganggu saksi yang terlibat dalam penyiasatan Singapura ke atas 1MDB.
Yeo dituduh mengganggu saksi penting dalam siasatan Singapura berhubung tuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan 1MDB.
Menurut Channel News Asia, Singapura, mahkamah dimaklumkan bagaimana Yeo menggesa tiga saksi untuk berbohong kepada penyiasat dan memusnahkan bukti yang akan mengheret dirinya.
Mahkamah juga diberitahu Yeo mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan Malaysia Jho Low. Yeo dikatakan pernah bermalam di pangsapuri mewah Low dan menaiki jet peribadi milik jutawan itu sekurang-kurangnya tiga kali.
Mahkamah juga diberitahu bahawa Low membayar Yeo sekitar S$500,000 setahun bagi perkhidmatannya, termasuk menguruskan beberapa akaun di BSI Singapura yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Walau bagaimanapun, Yeo mendakwa beliau tidak pernah menerima satu sen pun daripada Low.
Mahkamah Singapura juga akan membicarakan Yeo atas beberapa kesalahan lain tahun depan - semua berkaitan dengan siasatan 1MDB, termasuk penipuan, pengubahan wang haram dan pemalsuan.
Setakat ini, Yeo adalah pegawai bank ketiga BSI yang disabitkan kesalahan berhubung 1MDB.
Yak Yew Chee sedang menjalani hukuman penjara 18 minggu atas tuduhan pemalsuan dan kegagalan untuk mendedahkan transaksi yang mencurigakan. Jumaat lalu, pekerja bawahan Yak, Yvonne Seah mengaku bersalah terhadap tuduhan yang sama dan dihukum penjara dua minggu.
Singapura telah mengarahkan BSI untuk menghentikan operasinya pada bulan Mei lalu. - MK
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[DI M'SIA, 1MDB MAHA SUCI] Bekas pegawai bank Jho Low kena penjara 30 bulan hari ini"

Posting Komentar