Loading...

[DISERANG] Wujud FB PALSU untuk LAGAKAN Pemimpin BERSATU, Kelirukan Rakyat

Loading...

ALOR SETAR - Kebelakangan ini pimpinan Bersatu digambarkan seolah-olah bermasalah, namun ia hanya sebahagian provokasi di media bertujuan melaga-lagakan pucuk pimpinan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu dikesan berlaku sejak dua minggu lalu selepas isu skandal seks Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicanang, diikuti dakwaan skandal seks Ketua Srikandi, Anina Saadudin tidak berjaya memecah-belahkan kesatuan dalam Bersatu.

Terlalu banyak fitnah disebar terutama menerusi media sosial untuk melaga-lagakan kepimpinan Bersatu. Saya akui Bersatu diserang bertubi-tubi, terutama oleh cyber trooper BN malah dari Pejabat Perdana Menteri yang wujudkan propaganda kerajaan supaya rakyat menolak berita pembangkang di media sosial,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan kenyataan itu disebar melalui Facebook palsu Bersatu.

“Kempen supaya rakyat menolak berita palsu yang tersebar melalui media sosial adalah cubaan untuk memburukkan kredibiliti media sosial yang banyak mempengaruhi pandangan rakyat, selain untuk kembalikan keyakinan rakyat terhadap media perdana,” katanya.

Mukhriz berkata, walaupun wujud berita palsu disebar pelbagai pihak, namun parti pembangkang perlukan media sosial untuk sebarkan maklumat.

Saya harap rakyat terima berita sahih dari sumber yang boleh dipercayai dan menolak berita dari sumber yang tidak diketahui latar belakangnya. Memandangkan pembangkang hanya gunakan media sosial, ada pihak ambil kesempatan kelirukan rakyat melalui laman sosial palsu,” katanya.

Menurutnya, provokasi maya itu dijadikan senjata baharu menyerang Bersatu dalam cubaan mempengaruhi minda rakyat.

Memang wujud banyak Facebook palsu Bersatu kebelakangan ini, ada gunakan logo sama, nama parti sedikit berbeza, perkataan pribumi sahaja. Niatnya hanya untuk kelirukan pembaca yang silap memilih medium rasmi Bersatu,” katanya.

Mukhriz berkata, tidak mustahil pembaca terpedaya dengan kenyataan palsu terbabit kerana dimuat naik status itu di laman sosial dipercayai milik Bersatu.

Kenyataan saya sendiri pun ada, walaupun bukan dari saya! Disebarkan dari satu medium ke medium lain, seolah kenyataan tidak betul itu saya yang ulas,” katanya. - SH

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[DISERANG] Wujud FB PALSU untuk LAGAKAN Pemimpin BERSATU, Kelirukan Rakyat"

Posting Komentar