Loading...
ISKANDAR PUTERI 6 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Reka Bentuk Pembangunan Fastrackcity di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Pengerusi Fastrack Iskandar, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Najib yakin projek pembangunan itu bakal menyediakan sehingga 1,200 peluang pekerjaan baharu dan menarik pertambahan kehadiran seramai 350,000 pelancong setiap tahun.
Fastrackcity yang bakal dibangunkan itu merupakan bandar sukan permotoran Asia terulung dengan litar antarabangsa gred A sepanjang 4.45 kilometer yang direka pereka litar terkenal, Hermann Tilke.
Pembangunan litar bebas cukai yang dijangka siap pada tahun 2019 itu dibangunkan oleh Fastrack Autosports (Iskandar) Pte. Ltd. dan UEM Land Berhad. - UTUSAN ONLINE
Sebelum ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan bahawa Malaysia akan berhenti menganjurkan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) selepas kontraknya berakhir pada 2018.
Beliau berkata ini kerana kos penganjuran perlumbaan F1 semakin mahal dan tidak lagi menarik.
"Di seluruh dunia, malah di Singapura, kehadiran (F1) mencatatkan penurunan.
"Saya tidak fikir di mana-mana sahaja di dunia, jumlah penonton F1 meningkat.
"Jadi saya fikir untuk kepentingan jangka masa panjang, ia perkara yang betul untuk dilakukan," kata Nazri kepada pemberita di lobi Parlimen.
Sebelum daripada itu, Datuk seri salleh Said Keruak melunils di blog beliau bahawa "kalau Proton sebagai legasi Tun Dr Mahathir hendak dihapuskan maka banguan KLCC mesti dirobohkan".
Begitulah hakikat yang perlu dilakukan oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tulis Datuk Seri Salleh.
Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata jika benar apa didakwa, banyak lagi legasi bekas perdana menteri itu boleh dihapuskan.
Loading...
0 Response to "HAPUSKAN LEGASI TUN M?: TUTUP F1 tapi Najib Lancar Bandar PERMOTORAN di Johor hari ini"
Posting Komentar