Loading...

Hj Hadi memuji tentera Lubnan dan Hizbullah....Langsung tidak sebut tentang kekejaman di Aleppo

Loading...
  Amat memalukan! Apabila nyata terkantoi setelah al-Qardhawi menafikan pemergian Hj Hadi ke persidangan di Teheran mewakili KUIS !

 Seperti biasa, tanpa berasa malu atau bersalah, Hj Hadi buat nyadin sahaja... bukan nak minta maaf kerana berbohong...

  Tiba-tiba sahaja Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat buat kenyataan bahawa Hj Hadi kesana mewakili Parti Islam Semalaysia sebagai Presiden parti!

  Awat hang tak habaq lagu tu awai-awai lagi....???

  Kemudian, dengan panjang lebar at-Takiri cuba memberikan gambaran yang hebat untuk menjustifikasi pemergian Hj Hadi pergi berpelukan dengan Ketua Syiah Iran, Ali Khameini di Teheran bahawa PAS sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas....Kah! Kah! Kah!

 Kata at-Takiri, PAS bersatu hati dengan seluruh umat Islam menentang sebarang bentuk kezaliman, pencerobohan hak asasi manusia dan pembunuhan yang menumpahkan darah golongan yang tidak berdosa di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam. Kah! Kah! Kah! (bacalah kelentong at-Takiri di laman rasmi Pas di sini)

  Hj Hadi telah diberi peluang berucap ketika di hari pembukaan persidangan tersebut tetapi Hj Hadi tidak menyuarakan penentangannya terhadap kezaliman dan jenayah jijik yang dimainkan oleh Iran, sekutu-sekutunyanya dan barua-baruanya dalam wilayah Arab.

  Iran melakukan kezaliman, melakukan jenayah, mencabul kehormatan insan di beberapa buah negara Islam dan Arab, lebih-lebih lagi membunuh dan memperkosa anak2 gadis dan wanita-wanita, malah menyembelih dan menghalau saudara-saudara kita di Syria; tapi Hj Hadi tidak berani mengecam perbuatan tersebut apabila diberi peluang berucap pada persidangan itu.

 Bahawa PAS sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas hanyalah retorik semata-mata. Ucapan Hj Hadi yang disiarkan oleh media Dunia Iran tidak sedikit pun sentuh pasal serangan di Aleppo atau Syria!

 Maka sebab itu, ramai yang menganggap pemergian Hj Hadi ke Teheran adalah bersekongkol dalam jenayah-jenayah pembunuhan dan melakukan kerosakan, pemusnahan dan penghancuran yang menyeluruh yang telah dilakukan oleh Iran dan sekutu-sekutunyanya keatas rakyat Syria.

 Berikut adalah terjemahan ringkasan ucapan pembukaan oleh Hj Hadi di Tehran tempoh hari serbagaimana yang disiar oleh Dunia Iran yang langsung tidak sebut tentang Aleppo atau isu kemanusiaan di Syria .. yang jelas disini adalah kenyataan tentang persamaan antara syiah dan sunni , serta pujian kepada Hizbullat ... terjemahan : 


Mufti Malaysia ( TGHH ) dalam ucapan pembukaannya di Muktamar “Wahdah islamiyyah” kesatuan Islam yang ke -30 yang diadakan di Tehran baru-baru ini mengatakan bahawa Organisasi Zionis bekerja untukk melaksanakan perancangan Freemason mereka pada dunia serta melaksanakan apa yang telah terjadi pada Timur Tengah dengan menaburkan perselisihan diantara umat Islam .

Beliau menambah lagi , bahawa kejahilan terhadap ilmu-ilmu Islam serta tidak mempraktikkan ajaran agama yang menyebabkan terzahirnya gejala kafir-mengkafir antara mereka.

TGHH menambah lagi bahawa secara hakikatnya tiada perbezaan antara Syiah dan Sunnah serta menambah :

 “Sayangnya, disana terdapat beberapa individu-individu fanatik yang mengambil pendekatan takfir antara mereka dan kita seharusnya menghapuskan prasangka serta sifat fanatic tersebut dalam mencapai kesatuan antara umat Islam."

 Beliau juga mengingatkan , bahawa serangan Zionis di Gaza dan di Selatan Lubnan dahulu dengan menekankan bahawa sekiranya tiada serang balas daripada tentera Lubnan serta Hizbullah ke atas Zionis , tidaklah umat Islam mampu menghadapi konspirasi musuh Islam ketika itu. Dalam konteks yang sama , TGHH menyeru ulama-ulama diserata negara Islam untuk bersatu berdakwah kepada Islam yang sebenarnya . (kredit kepada Asri Khalid)
  Inilah rupa Hj Hadi yang sebenarnya! Dia kata, secara hakikatnya tiada perbezaan antara Syiah dan Sunnah dan ucapannya jelas memuji tentera Lubnan dan Hizbullah....

 Hj Hadi ke persidangan di Teheran itu adalah lebih kepada tujuan untuk mendekatkan antara Ahli Sunnah dan Syiah, sebagaimana dengan resolusi yang dikeluarkan oleh muktamar tersebut.Perkara yang sama yang pernah bertahun-tahun cuba dilakukan oleh al-Qaradhawi

 Namun al-Qaradhawi telah mengakui keilapannya itu lalu menarik semula fatwa sebelumnya yang pernah ia ucapkan pada 2006, yang menyatakan wajib hukumnya mendukung Hizbullah dan pemimpinnya, Syekh Hasan Nasrullah.

 “Saya pernah membela-selama bertahun-tahun-Hasan Nasrullah yang menamai partainya Partai Allah (Hizbullah), padahal partai itu adalah partai tirani (thoghut) dan partai setan. Mereka membela Bashar Assad,”

 “Selama ini dan sudah berlangsung bertahun-tahun saya menyerukan pendekatan antara mazhab (taqrib bainal madzahib). Untuk itu, saya terbang ke Iran saat dipimpin Presiden Mohammad Khatami. Mereka sebenarnya berpura-pura ketika menginginkan pendekatan antara mazhab.”

 Pengakuan Syekh Qardhawi mengenai kesalahan fatwanya itu telah menjadi viral dan menjadi berita besar di berbagai media Arab. Mustahil Hj Hadi yang berada dilapangan tidak mengetahuinya??
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hj Hadi memuji tentera Lubnan dan Hizbullah....Langsung tidak sebut tentang kekejaman di Aleppo"

Posting Komentar