Loading...
Presidennya Prof Mohamad Ali Hassan berkata kenaikan itu akan membebankan ibu bapa yang bersusah payah untuk mencukupkan perbelanjaan bagi tahun baru persekolahan.
“Ibu bapa akan terbeban kalau ada kenaikan tambang. Pengusaha bas perlulah berlaku adil kepada ibu bapa dan menimbang semula keputusan mereka,” katanya kepada FMT.
Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia (PPPBSM) dan pengusaha bas lain baru-baru ini mengumumkan mereka akan menaikkan tambang bas bulan depan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi meminta pihak persatuan agar tidak menaikkan tambang dan berunding dengan PIBGN sebelum membuat keputusan.
Aziz mendapat tahu mengenai kenaikan itu daripada buletin berita televisyen yang melaporkan tambang akan naik RM10 hingga RM20.
PIBGN menyarankan pengusaha bas agar menaikkan tambang sebanyak separuh daripada kadar yang dicadangkan.
Sementara itu, Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) berkata kerajaan perlu memberi subsidi tambang bas dalam bentuk kupon kepada keluarga miskin.
“Kalau kerajaan boleh beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kerajaan juga boleh bantu ibu bapa.
“Bantuan itu boleh disalurkan melalui sekolah kerana tidak semua kanak-kanak menggunakan bas sekolah.
“Pihak sekolah boleh kenal pasti murid yang menggunakan bas sekolah dan beri bantuan itu kepada mereka,” kata Datuk Ashfar Ali.
Berita Harian sebelum ini melaporkan Presiden PPBSM Ahmad Fauzi Murad sebagai berkata kenaikan itu perlu kerana tiada kenaikan sejak 2 tahun lalu.
Katanya tindakan kerajaan memansuhkan subsidi diesel pada 2012 menjejaskan pendapatan mereka.
Sementara itu, Fredrick Dass, 44, membelanjakan RM250 sebulan untuk tambang bas 2 anaknya. Beliau tidak setuju dengan kenaikan itu.
“Mereka tak naikkan tambang untuk 2 tahun sahaja. Gaji saya juga tak naik, jadi tak adil kalau tambang dinaikkan.
“Kita tak kisah kalau mereka naikkan tambang selepas 5 tahun.”
Sharon Philips, 40, pula memperuntukkan RM150 untuk tambang 2 anaknya. Kenaikan itu akan menjejaskan belanjawan bulanan isi rumahnya.
“Kita sudah buat peruntukan untuk duit kocek anak-anak, pengangkutan dan buku sekolah. Kalau ada kenaikan harga, kita terpaksa kurang perbelanjaan.
“Kita tak kisah kalau kenaikan yang kecil.”
Loading...
0 Response to "Ibu bapa rayu pengusaha bas sekolah tangguh naik harga"
Posting Komentar