Loading...

JIKA KITA TINJAU PANDANGAN RAKYAT, PAYAH LA UMNO NAK MENANG

Loading...
Tiga sayap siapkan diri raih kemenangan di PRU14
PAU2016

KUALA LUMPUR - Ketiga-tiga sayap Umno - Wanita, Pemuda dan Puteri - mengakhiri perhimpunan mereka hari ini dengan 'memalu gendang perang' sebagai persiapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pemuda dan Puteri mencadangkan formula yang mungkin boleh dipertimbangkan pimpinan tertinggi sebagai strategi kali ini dengan meletakkan 30 peratus calon muda pada PRU14 itu.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang sepakat dengan Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengusulkan sasaran 30 peratus itu sebagai satu erti peremajaan parti menuju PRU14.

"Satu kajian menunjukkan faktor calon menyumbang 60 peratus kepada kemenangan dalam PRU. Selari dengan kajian tersebut, calon muda yang akan membawa nama parti juga mestilah berasaskan calon yang disukai ramai dan berkredibiliti," kata Mas Ermieyati.

Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pula akan terus memperjuangkan penambahan jumlah calon wanita pada PRU14 nanti.

Ketua Wanita Umno Bahagian Silam, Mizma Appehdullah menekankan menjelang PRU14, Wanita Umno mahu penyertaan dan penglibatan wanita diperluaskan kepada 30 peratus calon.
Ketiga-tiga sayap Umno itu hari ini juga melafazkan ikrar sokongan dan taat setia tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui parti dan kerajaan.

Ketua-ketua sayap parti juga menegaskan perkara tersebut dalam ucapan dasar mereka pada perhimpunan itu.

"Kesetiaan merupakan satu daripada ciri mentaliti jaguh yang perlu dimiliki semua anggota parti, khususnya ketika parti sedang menyusun gerak kerja mencapai kemenangan pada PRU14," kata Mas Ermieyati.

Selain itu, Ketua Penerangan Pemuda Umno Pahang, Mohd Fadzlei Abd Mubin menegaskan Umno perlu menggerakkan jentera parti secara menyeluruh dan terancang dalam usaha menarik semula sokongan golongan muda bagi persediaan menghadapi gelombang PRU14. 

Mentaliti menang turut menjadi semboyan ketiga-tiga sayap Umno itu dalam menghadapi PRU14 sebagai parti yang berkemampuan untuk terus mengemudi negara.

"Kita mesti yakin kita boleh menang, jangan kita mengaku kalah sebelum berperang," kata Khairy yang tidak lagi mahu mendengar dalam kalangan anggota parti yang bercerita seolah-olah Barisan Nasional akan kalah.

Semalam, Najib dalam Amanat Presiden parti menggesa ahli Umno memperkukuhkan kebersatuan dan berkhidmat sepenuh hati untuk rakyat.

Selain itu, Perhimpunan Agung Pemuda dan Puteri turut menyentuh nasib etnik Rohingya dengan Pemuda mendesak keanggotaan Myanmar dalam Asean dikaji semula berikutan penindasan dan kekejaman terhadap etnik berkenaan.

Puteri pula mendesak supaya Jawatankuasa Anugerah Nobel menarik balik anugerah Nobel Keamanan kepada Menteri Luar dan kaunselor kerajaan Myanmar, Aung San Suu Kyi. – Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JIKA KITA TINJAU PANDANGAN RAKYAT, PAYAH LA UMNO NAK MENANG"

Posting Komentar