Loading...

Kabinet setuju pinda Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan - Seksyen 117(b) "Ibu Bapa" kepada "Ibu atau Bapa"

Loading...

9 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Kabinet bersetuju untuk meminda Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ia membawa maksud yang lebih jelas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata, ia berikutan nasihat daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda peruntukan itu berikutan perkataan yang digunakan dalam artikel berkenaan tidak begitu jelas.
“Menurut peguam negara, perkataan ‘ibu bapa’ boleh dibaca sebagai ibu atau bapa tetapi ada juga peguam yang mengatakan bahawa perkataan itu bermaksud kedua-duanya,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Dewan Undang Negeri (DUN) Perlis yang meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 berhubung membenarkan hanya seorang daripada ibu bapa mengislamkan anak mereka.
Dilaporkan, pindaan dibuat terhadap versi bahasa Melayu enakmen itu, yang sebelum ini menyebut kanak-kanak bawah 18 tahun boleh memeluk Islam dengan kebenaran “ibu bapa” atau penjaga.
Perkataan “ibu bapa” dalam Seksyen 117(b) ditukar kepada “ibu atau bapa”. - ismaweb
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kabinet setuju pinda Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan - Seksyen 117(b) "Ibu Bapa" kepada "Ibu atau Bapa""

Posting Komentar