Loading...
| PEGAWAI Media Kelab UMNO Luar Negara Sheffield, Nur Alia Natasha Ahmad Sufian sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Muhammad Asyraf Sawal |
KUALA LUMPUR: Kelab UMNO Luar Negara mengakui mereka kekurangan golongan intelektual untuk menepis pandangan negatif yang diutarakan oleh pihak pembangkang. Wakilnya, Nur Alia Natasha Ahmad Sufian, berkata faktor demikian menjadi penyebab mengapa golongan muda semakin menjauhi parti itu ketika ini.
"Sebagai contoh, pembangkang mempunyai wakilnya seperti Syed Saddiq Abu Bakar yang lantang menyuarakan pendapat bagi pihak parti mereka.
"Tidak seperti UMNO iaitu belum ada seseorang seperti itu dengan lantang mempertahankan demi kelangsungan partinya," katanya ketika menjadi tetamu BHTV yang disiarkan secara langsung menerusi FB Live di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini.
Nur Alia berkata, meskipun kelabnya melakukan pelbagai program dengan menjemput beberapa menteri yang berkaitan untuk menjelaskan permasalahan parti UMNO di sini, baginya masalah itu tidak dapat membantu kelab itu jika suara mereka tidak diambil perhatian.
"Sejujurnya, pendapat saya segelintir ahli politik UMNO lebih banyak memperjuangkan agenda peribadi berbanding rakyat.
"Jadi inilah kelemahan parti yang perlu diperbetulkan dari bawah supaya pengundi di luar sana kembali kepada jalan UMNO," katanya sambil menambah kelabnya baru melantik presiden dari Majlis Presiden-Presiden Luar Negara sebagai wakil untuk 'berdamping' dengan pemimpin politik di negara ini.
Loading...
0 Response to "Kelab UMNO Luar Negara: Pemimpin UMNO lebih Perjuangkan Agenda Peribadi berbanding Rakyat"
Posting Komentar