Loading...
GEORGE TOWN: Suspek yang melepaskan tembakan dan membunuh seorang Datuk serta dua yang lain di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu telah ditangkap.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, penembak tersebut merupakan pengawal peribadi kepada Datuk yang ditembak dan turut berada bersama di dalam kereta mangsa.
"Seorang lagi penumpang di dalam kereta itu cuba melarikan diri, namun suspek terus melepaskan tembakan ke arahnya," katanya pada sidang media Khamis malam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan individu yang bergelar Datuk itu ialah Ong Teik Kwong, 32.
Polis masih menyiasat punca kejadian berlaku.
Seramai empat orang turut tercedera dalam kejadian itu. - mStar
Jurukamera RTM, Mohd Amirul Amin dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan selepas ditembak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Foto: Bernama |
salah seorang mangsa mati ditembak di bahagian kepala. |
Loading...
0 Response to "[KES TEMBAK DI P.PINANG] Rupa-rupanya 'Datuk' Ditembak Pengawal Peribadi Sendiri"
Posting Komentar