Loading...

MAHADHIR MENJATUHKAN MARUAH AGAMA DIHADAPAN ORANG KAFIR ? DAH TERMAKAN DEDAK KOT ?

Loading...

AKIBAT BERKAWAN DENGAN ORANG KAFIR YANG ANTI HUKUM SYARI'AT TAK SEDAR MARUAH RASULLULLAH DICEMAR, INIKAH SIKAP PARTI BERSATU ?  - Pak Karamu
Berpolitiklah Tun M tapi jangan sampai langgar syariat

Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - Semua pihak diminta tidak mencemarkan kemuliaan Rasulullah sebagai pemimpin agung Islam dengan cuba mengaitkan baginda dengan isu-isu politik semasa.

Presiden Kelab Generasi Ilmu 1Malaysia, Datuk Syahrin Md Jamaluddin berkata, kedudukan Rasulullah sebagai kekasih ALLAH dengan darjat yang tertinggi tidak sepatutnya dieksploitasi oleh ahli mahu pun pemimpin parti demi kepentingan politik mereka.

"Banyak lagi individu atau orang lain yang boleh dikaitkan kalau mahu berpolitik, jangan cemarkan kedudukan mulia Nabi Besar junjungan kita dengan isu-isu remeh temeh.

"Apatah lagi kita perumpamaan itu dibuat di hadapan orang bukan Islam dan seolah-olah menjadi bahan lucu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad yang didakwa mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isu 1MDB dengan Rasulullah.

Jelas Syahrin, Islam tidak melarang umatnya untuk berpolitik namun mereka perlu faham had dan batasannya jangan hingga mencemarkan kesucian agama itu.

"Politik juga adalah sebahagian daripada ilmu yang ALLAH kurniakan kepada hambaNYA, namun kita kena berhat-hati supaya tidak melampaui batas syariat.

"Berpolitiklah, bercakaplah dan berdebatlah tetapi jangan sampai menghina Islam itu sendiri," katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAHADHIR MENJATUHKAN MARUAH AGAMA DIHADAPAN ORANG KAFIR ? DAH TERMAKAN DEDAK KOT ?"

Posting Komentar