Loading...

Malaysia alu-alukan Myanmar larang rakyat bekerja di Malaysia

Loading...
Bernama, 
 


KAJANG – Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Myanmar untuk melarang rakyatnya bekerja di Malaysia.

“Keputusan itu tidak akan memberi akibat langsung kepada Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup perhimpunan Agung Parti IPF Ke-24 di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian apabila diminta mengulas laporan mengenai keputusan kerajaan Myanmar yang melarang rakyatnya bekerja di Malaysia berkuat kuasa 6 Disember lepas.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Imigresen Myanmar mengumumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran lesen kepada rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, Richard Riot pula dilaporkan berkata, bahawa pihaknya belum menerima notis rasmi daripada kerajaan Myanmar berhubung larangan itu.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia alu-alukan Myanmar larang rakyat bekerja di Malaysia"

Posting Komentar