Loading...

Memeranjatkan!! Inilah Realiti Kehidupan Di Malaysia

Loading...
Memeranjatkan!! Inilah Realiti Kehidupan Di Malaysia. Selepas penantian 10 jam sebelum ini gagal membuahkan hasil, seorang wanita tidak berputus asa dan kembali mencuba nasib buat kali kedua.

Kali pertama, dia bersama anaknya yang belum genap setahun, beratur menunggu giliran untuk memohon projek perumahan mampu milik, “Rumah Selangorku”.

Memeranjatkan!! Inilah Realiti Kehidupan Di Malaysia.  Beberapa bulan kemudian, mengambil pengajaran daripada pengalaman pertama, dia mengatur “strategi” bagi memastikan misinya membuahkan hasil.

Menurutnya, ribuan pemohon hadir merebut 737 unit rumah di Shah Alam, berkeluasan hanya 800 kaki persegi dengan 3 bilik, pada harga RM170,000.

Kali ini, dia beratur pada malam sebelum permohonan dibuka. Pun begitu, dia bukan orang pertama dalam barisan kerana nombor yang diperolehinya ialah 10, bermakna sudah ada 9 pemohon lebih awal daripadanya.

Berbeza dengan rumah swasta, prosedur memohon rumah mampu milik di bawah kerajaan Selangor agak “leceh” kerana mereka perlu mendapatkan nombor giliran, sebelum boleh menyerahkan semua dokumen sokongan bagi mendapatkan kelulusan.

Memeranjatkan!! Inilah Realiti Kehidupan Di Malaysia


Penantian hampir 12 jam pada percubaan kedua ternyata tidak sia-sia apabila pihak berkuasa meluluskan permohonannya.

Debaran seterusnya ialah permohonan mendapatkan pinjaman perumahan dengan bank yang merupakan satu cabaran besar buat golongan berpendapatan sederhana, khasnya mereka yang mempunyai gaji cukup makan sahaja.

Tambahan, sesetengah bank tidak melayan pinjaman perumahan di bawah RM200,000 kerana jumlahnya terlalu “kecil”.

Bagaimanapun, ibu itu bernasib baik kerana ada sebuah bank yang meluluskan permohonannya dan beliau dengan pantas menyambar tawaran pinjaman berkenaan.

Selesai 3 peringkat “pergelutan” itu, barulah pemohon layak digelar pembeli rumah. Namun mereka masih perlu menunggu projek perumahan mampu milik itu disiapkan.

Penyeksaan ibu itu bagaimanapun belum habis kerana kini beliau terpaksa mengikat perut untuk menabung bagi menanggung kos pengubahsuaian dan pembelian kelengkapan rumah baharu, apabila rumah siap pada 2018.


Memeranjatkan!! Inilah Realiti Kehidupan Di Malaysia


Inilah hakikat dihadapi generasi muda berpendapatan sederhana yang baru mendirikan rumah tangga, tanpa mengira bangsa dan kaum.

Kerajaan sepatutnya memainkan peranan proaktif dengan mencari jalan penyelesaian bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri, kerana rumah mampu milik sedia ada atau bakal dibina ternyata tidak cukup menampung permintaan tinggi rakyat.

Kerajaan boleh menawarkan insentif seperti pemotongan cukai pendapatan yang lebih banyak atau memberi subsidi kepada pemaju untuk membangunkan projek perumahan mampu milik.

Kerajaan juga boleh menetapkan syarat kepada pemaju projek perumahan mewah membangunkan sekurang-kurangnya sebuah projek rumah mampu milik dalam tempoh tertentu atau mereka berdepan risiko permohonan projek seterusnya ditolak kerajaan.

Memeranjatkan!! Inilah Realiti Kehidupan Di Malaysia.  Di mana ada kemahuan, di situ ada caranya. Terpulang kepada kerajaan untuk mencari pendekatan terbaik bagi menggalakkan pemaju membina rumah mampu milik. - fmt




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Memeranjatkan!! Inilah Realiti Kehidupan Di Malaysia"

Posting Komentar