Loading...

MENGAKU LEMAH LEBIH BAIK DARI CAKAP TAKBUR

Loading...
Perwakilan Selangor senarai kegagalan Amanah
Jamzuri Ardani
Jamzuri Ardani ketika berucap dalam Konvensyen Amanah hari ini. - Foto Facebook Amanah

SHAH ALAM - Perwakilan Selangor menyenarai penuh kegagalan Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya lepas.

Perwakilan Selangor, Jamzuri Ardani ketika berucap dalam Konvensyen Amanah hari ini berkata, persembahan Amanah secara keseluruhannya masih hambar.

Menurutnya, meskipun semakin menghampiri PRU akan datang, Amanah dilihat masih tercari-cari momentum untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat.

"Sebelum ini kita sudah menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Pencapaian kita hambar. BN menang besar di Sarawak dan negeri itu juga, kita hilang banyak deposit.

"Kepimpinan Amanah masih teraba-raba dalan mencari sentuhan ketika menghadapi pilihan raya," katanya ketika membahas usul mendepani PRU14 di Konvensyen Amanah di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Jamzuri turut 'menegur,' gerak kerja Amanah semasa berlangsungnya PRN Sarawak, baru-baru ini.

"Biro pilihan raya parti di peringkat nasional seperti tak berfungsi."Contoh, pada PRN Sarawak, kita tidak ada bilik gerakan induk untuk pantau kerja-kerja pilihan raya sedang berpusat di semua kerusi yang dipertandingkan," katanya lagi.

Jamzuri juga turut menyatakan mesej pilihan raya yang dibawa parti tidak cukup kuat atau mudah difahami untuk meraih undi rakyat.

"Ini adalah konvensyen pertama dan mungkin yang terakhir, sebelum PRU14 menjelang.
"Pada konvensyen inilah kita perlu gunakan untuk melangkau keputusan penting sebelum PRU menjelma," tegasnya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MENGAKU LEMAH LEBIH BAIK DARI CAKAP TAKBUR"

Posting Komentar