Loading...
MAHADHIR TIDAK PATUT BAGI TEMPOH PADA PAS, SIAPA MAHADHIR UNTUK TENTUKAN MASA ? PARTI BARU YANG MASIH BELUM DIKENALI TETIBA NAK BAGI TEMPOH DENGAN PAS, RASANYA BERSATU BUAT MASA NI SUDAH MULA RETAK, ADA YANG NAK IKUT PAKATAN HARAPAN DAN ADA YANG NAK IKUT PAS. RASANYA JALAN YANG TERBAIK ELOKLAH BERSATU IKUT PAKATAN HARAPAN, CERAH MASA DEPAN - Pak Karamu
Bersatu perlu Pas atau Pakatan Harapan
Takiyuddin Hassan
SHAH ALAM- Bersatu tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, syarat tersebut telah diberikan kepada Bersatu dalam pertemuan sebelum ini.
“Buat masa ini kita tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan Bersatu. Cuma kita pernah bertemu kerana mereka menyatakan hasrat untuk bersama Pas.
“Bagaimanapun, kita telah memberikan beberapa syarat, jika mereka ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan Amanah. Itu adalah pilihan untuk mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya tidak akan menunggu Pas lebih lama.
Menurutnya, jika ia mengambil masa terlalu lama, pembangkang akan bergerak dengan rancangan mengalahkan BN tanpa Pas.
Takiyuddin berkata, buat masa ini pihaknya bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan pada masa sama beliau tidak menafikan masih memiliki hubungan baik dengan PKR.
“Kalau Bersatu mahu menyertai kita, itulah pilihan yang mereka ada. “Tapi jika mereka masih mahu bersama Amanah, DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan, itu maknanya mereka berada dalam keadaan yang kita tidak boleh terima. Bersatu sendiri perlu membuat keputusan dalam hal ini,” katanya.
Loading...
0 Response to "NI SEBENARNYA JAWAPAN PADA MAHADHIR MUHAMAD"
Posting Komentar