Loading...
JIKA PKR BOLEH BAGI KERUSI KAT BERSATU, MAKA TIADA SEBAB PKR TAK BOLEH BAGI DENGAN PAN SEDANGKAN PAN BERADA DIDALAM SATU KUMPULAN, ADALAH SANGT MENESABAH BAGI PKR BAGI KERUSI DENGAN PAN, LAGIPUN PAN LEBIH TUA DARI BERSATU.
ANDAINYA AS BERADA DIDALAM PAKATAN ARAPAN MAKA PAS AKAN BAGI PAN 40% DARI KERUSINYA, ITU TAK DE HAL PUNYA !!!! - Pak Karamu
Tindakan PKR ‘hulur’ kerusi pada Bersatu adalah positif
Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM – Kesediaan PKR menyerahkan kerusi untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah tindakan yang positif, kata Pas.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah tersebut boleh meredakan ketegangan dalam soal pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan.
Bagaimanapun bagi pihaknya, kata Tuan Ibrahim lagi, pihaknya perlu mempertimbangkan tanggungjawab penyerahan atau pembahagian kerusi terhadap Gagasan Blok Sejahtera yang disertai oleh pihaknya.
“Kita juga punyai tanggungjawab untuk pertahakan kerusi dimiliki oleh Pas sebelum ini (bagi PRU akan datang).
“Saya tidak pasti adakah Parti Amanah Negara (Amanah) juga boleh menyerahkan kerusi kepada Bersatu memandangkan Pas tidak akan menyerahkan kerusi pada Amanah,” katanya kepada Sinar Online.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Pas akan mencontohi PKR dan turut menyerahkan kerusi mereka pada pilihan raya akan datang.
PKR pada 19 Disember lalu menyatakan kesediaan pihaknya untuk memberi laluan kepada Bersatu dalam pembahagian kerusi pada PRU nanti.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu bersikap terbuka dan perkara itu merupakan salah satu bentuk kerjasama dalam Pakatan Harapan menerusi perbincangan dan rundingan untuk mencapai persefahaman bersama.
[ARTIKEL BERKAITAN: PKR sedia serah kerusi kepada Bersatu]
Sementara itu, ujar Tuan Ibrahim lagi, Pakatan Harapan perlu bersedia untuk bertanding tiga atau empat penjuru sesama sendiri menjelang pilihan raya jika masih gagal mencari penyelesaian dalam soal pembahagian kerusi.
“Kalau mahu tekankan konsep satu lawan satu dalam pilihan raya, maka Pakatan Harapan perlu berbincang soal pembahagian kerusi sesama mereka.
“Pas bagaimanapun tetap menegaskan yang kami tidak akan serahkan kerusi kepada Amanah!” tegasnya lagi.
Loading...
0 Response to "PAN PI CARI KERUSI KAT KEDAI ATAU MINTA KAT PKR"
Posting Komentar