Loading...

PAS Bertanding Kerusi DAP?

Loading...
PAS Bertanding Kerusi DAP? PAS tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calonnya bertanding di kerusi tradisi DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata PAS dan DAP kini tidak lagi bersefahaman dan bekerjasama, maka tidak menjadi kesalahan untuk PAS bertanding di kerusi yang ditandingi DAP.

PAS Bertanding Kerusi DAP?  Jabatan Pilihan Raya PAS kini sedang melaksanakan kajian di kerusi-kerusi dimiliki DAP dan akan membuat keputusan sama ada untuk bertanding di kerusi itu berdasarkan hasil kajian berkenaan, katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Mohd Amar berkata Jabatan Pilihan Raya PAS membuat kajian berkenaan kerana berpandangan PAS berpotensi untuk menang di beberapa kerusi terbabit.

“Kalau kajian itu mendapati kita ada peluang besar untuk menang, mungkin kita akan bertanding sebab kita dengan DAP tak ada sebarang persefahaman dan kerjasama, jadi tak salah kita bertanding di kerusi yang ditandingi DAP,” katanya.

PAS Bertanding Kerusi DAP? 


Ditanya mengenai Amanah yang menasihati PAS supaya tidak bermimpi untuk terus kekal memerintah Kelantan, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata parti itu sebenarnya yang sedang bermimpi kerana mereka masih belum mempunyai sebarang rekod di pentas politik negara.

“Kita bercakap pun kita dah ada asas untuk kita bercakap, tapi mereka tak ada rekod politik lagi di Malaysia ini, tapi tiba-tiba presiden (Mohamad Sabu) kata nak rampas Kelantan dan Terengganu, itulah sebenarnya bermimpi.

PAS Bertanding Kerusi DAP? 


“Kita (PAS) bercakap sebab kita ada pengalaman dan pernah menang di Terengganu dan kita memerintah di Kelantan jadi kalau kita kata kita nak pertahankan Kelantan, kita nak kuasai Terengganu, kita berasaskan rekod. Itu realiti yang kita pernah ada,” katanya. - bernama




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Bertanding Kerusi DAP?"

Posting Komentar