Loading...

PAS DIMINTA PERTINGKATKAN KEFAHAMAN BERAGAMA

Loading...
AHLI PAS DIMINTA MEMAHAMI DASAR PERJUANGAN BERAKIDAH DIDALAM BERAGAMA, DALAM MASA YANG SAMA PAS WAJIB MENENTUKAN SETIAP KAWASAN DAN CAWANGANNYA MELAKUKAN MAJLIS TAZKIRAH SUPAYA AJARAN BERAKIDAH DIMANTAPKAN TERUS MENERUS SUPAYA PENGARUH SYAITAN-SYAITAN DARI JENIS MANUSIA TIDAK MENGGANGGU FIKIRAN MEREKA.  

                                     
DIWAKTU KEBELAKANGAN INI TERLALU RAMAI PENGARUH SYAITAN DARI KALANGAN MANUSIA YANG CUBA MENGGUGAT FIKIRAN AHLI PAS DENGAN DAKWAH SONGSANG SERTA HASUTAN DARI SYAITAN-SYAITAN YANG MAHU CEPAT MENUJU KE PUTRA JAYA SECAYA GELOJOH DAN RAKUS SEHINGGA MENYESAT PEMIKIRAN AHLI-AHLI PAS. PAS WAJIB BERTINDAK SEKARANG, TANAMKAN ILMU AKIDAH  UMMAH TERHADAP AHLI ADALAH PERKARA UTAMA -Pak Karamu  

                 
Mursyidul Am nasihat ahli Pas bersangka baik

Hashim Jasin
Hashim Jasin

KUALA LUMPUR - Setiap ahli Pas bertanggungjawab meletakkan keikhlasan kerana ALLAH SWT  sebagai teras perjuangan.


Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dalam kenyataannya berkata, selain keikhlasan, ahli Pas juga perlu mempunyai sangka baik dan sentiasa istiqamah.


"Perkara ini sangat penting untuk dihalusi ketika kita mula melihat keadaan akhlak sesetengah ahli Pas mulai kritikal,” katanya.


Menurutnya, konflik akhlak dalam berjemaah akan membuka ruang kepada syaitan untuk menjarakkan ahli-ahli daripada jemaah.


“Ada ahli yang mengkritik keputusan jemaah kerana pandangan politiknya mengatasi pertimba-ngan dakwah.


“Ada yang menolak pendirian jemaah kerana kezaliman itu difahami sebagai menindas rakyat, sedang perbuatan menolak syariat tidak pula dikatakan zalim,” katanya.


Beliau berkata, Pas sebagai sebuah jemaah Islam yang tertua dan terbesar dalam negara telah memiliki lebih sejuta ahli pelbagai latar belakang.


“Apakah yang boleh mengikat dan menyatukan kepelbagaian ini? Ia adalah akhlak berjemaah,” katanya.


Hashim berkata, setiap ahli Pas terikat dengan adab dan disiplin. “Ia membolehkan seluruh fikiran dan tindakan ahli dapat diselaraskan, sehingga tercapai tujuan perjuangan,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS DIMINTA PERTINGKATKAN KEFAHAMAN BERAGAMA"

Posting Komentar