Loading...
ALOR SETAR - Sepasang kembar bersama tiga lagi adik beradik yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut dalam suatu kemalangan di Jalan Alor Punti,Pendang kelmarin.
Pasangan guru, Mohd Padzil Rashid, 50, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Masmiwaza Mohd. Noor, 42, yang duduk di tempat duduk penumpang meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital.
Lima anak mereka yang cedera parah ialah Maisarah,15 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas, Masyitah,12 pelajar Sekolah Rendah Islam Pendang, pasangan kembar Muhammad Asyraf, dan Muhammad Akmal, 11 pelajar Sekolah Kebangsaan Tanah Merah Serta Munirah,7
Kakak ipar Allahyarham Mohd Padzil, Norma Abdullah, 50, berkata, mangsa sekeluarga dalam perjalanan pulang dari kenduri di rumah sepupunya di Padang Perahu.
“Arwah sekeluarga pergi lewat iaitu kira-kira jam 9.30 malam tadi (kelmarin) kerana sibuk membantu kenduri jiran pada sebelah siang.
“Arwah nampak letih semasa berkunjung ke rumah sepupunya,” katanya, semalam.
Mahadzir (dua, kiri) dan Pengarah Pelajaran Kedah (kanan), Datuk Azuyah Hassan turut berada di Jabatan Forensik HSB, semalam.
Menurutnya, arwah Mohd. Padzil dan Masmiwaza adalah guru dan bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang dan SMK Tobiar di Pendang.
“Kedua-dua mereka amat disenangi ramai terutamanya anak murid dan rakan guru,” katanya.
Norma berkata, ahli keluarga belum memberitahu mengenai kematian ibu bapa mereka kepada lima beradik berkenaan.
“Anak bongsu arwah, Munirah sering mencari ibunya tetapi kami belum dapat memberitahu kejadian sebenar kepadanya,” katanya.
Menurutnya, jenazah pasangan suami isteri itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kobah di Sanglang, Perlis semalam.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, kejadian berlaku jam 11.30 malam ketika mangsa dalam perjalanan Titi Haji Idris menghala ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang.
“Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dipandu Mohd Padzil terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah treler di Jalan Alor Punti.
“Pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan (isterinya) meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
“Semua mangsa yang terkorban dan anak-anak mereka yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),”katanya.
Jenazah Masmiwaza Mohd Noor, 42, dibawa keluar dari Jabatan Forensik HSB Alor Setar untuk disemadikan di kampung halaman suaminya di Sanglang, Kedah.
Katanya, pihak polis juga telah mengambil keterangan pemandu treler, Mohammad Alias Baharudin, 26, dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, JPN Kedah akan berusaha membantu lima beradik berkenaan agar dapat meneruskan persekolahan seperti biasa.
“Saya difahamkan salah seorang anak mangsa belajar di Maktab Rendah Sains Mara sementara empat yang lain juga masih bersekolah. JPN Kedah akan ambil tanggungjawab untuk membantu kelima-lima beradik itu,” katanya ketika mengunjungi waris mangsa Jabatan Forensik HSB, semalam.
Sementara itu, bapa saudara kepada Masmiwaza, Mazni Ahmad, 47, berkata, dia dan ahli keluarga lain akan berbincang mengenai penjagaan lima beradik terbabit memandangkan mereka masih mempunyai ibu dan bapa saudara serta nenek, Zainab Ahmad, 64.

0 Response to "Pasangan guru maut kemalangan, lima anak yatim piatu sekelip mata"
Posting Komentar